KUALA LUMPUR: Peranan media Islam bukan hanya terhad menyampaikan maklumat tetapi juga sebagai media penenang ketika masyarakat berdepan dengan pandemik global COVID-19.
Ketua Pegawai Eksekutif AlHijrah Media Corporation (TV AlHijrah), Namanzee Harris berkata itu pendekatan diambil TV AlHijrah sejak dari awal penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu bagi mengekang penularan wabak penyakit itu.
Katanya, memasuki fasa ketiga PKP, media juga perlu memberi tumpuan kepada isu pengurusan emosi dan mental dihadapi anggota masyarakat yang terpaksa duduk di rumah.
“TV AlHijrah sebagai media Islamik lebih kepada menjadi media penenang. Sebab itu banyak program-program kita berasaskan Al-Quran, mengaji dan pencerahan agama,” katanya ketika ditemubual stesen Radio IKIMfm di sini pagi ini.
Namanzee ditanya mengenai peranan stesen TV Islamik sepanjang tempoh PKP dalam usaha kerajaan membendung wabak COVID-19.
“Peringkat awal PKP memang tumpuan kepada informasi tetapi sekarang beralih kepada pengurusan mental dan emosi,” katanya.
Namanzee berkata TV AlHijrah menerusi inisiatif #MusaadahCOVID19 yang digerakkan agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut menyokong program MyCareCoV19 menyantuni kelompok masyarakat memerlukan.
“Kita jalankan slot MyCareCoV19 dari jam 8 pagi hingga 8.30 pagi setiap hari untuk bincangkan isu kekeluargaan dan sebagainya,” katanya merujuk kepada slot bimbingan dan khidmat nasihat perundangan, kekeluargaan dan masyarakat dijalankan TV AlHijrah dengan kerjasama agensi agama, khususnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Ditanya mengenai pelaksanaan PKP, Namanzee menyifatkannya sebagai satu pengajaran langsung kepada semua pihak untuk mengadaptasi teknologi secara paksa untuk kekal ke depan.
“Kita tidak boleh lari dari kemajuan teknologi, pembangunan aplikasi dan program online… PKP juga beri pengajaran, umpamanya kita tak lakukan penyelidikan (seperti kebiasaannya) tetapi terus jalankan program (kerana tuntutan semasa),” katanya.
“Dari sudut online kena ada program cross-unit. Sekarang kita ada Ngaji On The Go. Mungkin lepas ini ada program ngaji di TV dan ngaji di radio secara bersama,” katanya merujuk kepada program mengaji Al-Quran TV AlHijrah melalui platform digital yang mendapat sambutan ramai pihak.
Namanzee turut menyentuh mengenai peningkatan capaian penonton TV AlHijrah yang meningkat 75 peratus sepanjang PKP selain peningkatan 185 peratus bagi platform digitalnya dan 13 peratus kenaikan jualan home-shopping.
Mengulas lanjut mengenai PKP, pihaknya mendapati ada dalam kakitangan TV AlHijrah dari unit-unit tertentu yang lebih produktif bekerja dari rumah.
Ini dikaitkan dengan pengurusan masa dan ruang diberikan majikan kepada kakitangan, kata Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah itu.
Ditanya mengenai persediaan Ramadan, Namanzee berkata TV AlHijrah akan meneruskan program QuranTime, selain meneroka program baru bagi mengisi waktu solat Tarawih umat Islam.
Kita kena isi kekosongan ini, kata Namanzee merujuk situasi umat Islam terpaksa berada di rumah dan tidak dapat mengerjakan solat Tarawih di masjid bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Setakat ini, Malaysia merekodkan 4,987 kes jangkitan COVID-19 dengan 82 kematian. – AlHijrah Online/ Syed Azwan Syed Ali
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.