COVID-19: ARAB SAUDI UMUM TIADA SOLAT TARAWIH DI MASJID TAHUN INI

RIYADH: Arab Saudi mengumumkan tiada solat tarawih di masjid pada bulan Ramadan ini, demikian lapor akhbar Al Riyadh kelmarin.

Sebaliknya, rakyat diminta menunaikan tarawih di rumah sahaja ekoran penularan wabak COVID-19.

“Semoga Allah SWT menerima solat tarawih yang dilakukan tidak kira sama ada di masjid atau rumah, kerana ini adalah untuk kepentingan bersama,” kata Menteri Hal Ehwal Islam, Dr Abdul Latif Al Sheikh dipetik portal Astro Awani hari ini.

Arab Saudi tidak lagi membenarkan solat lima waktu dan solat Jumaat dilakukan di masjid secara berjemaah sejak 19 Mac lalu, sebagai sebahagian usaha mengekang penularan wabak COVID-19.

Setakat ini, Arab Saudi merekodkan 4,934 kes jangkitan COVID-19 dan 65 kematian. — AlHijrah Online

Leave a Reply