Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MYCARECOV19 JAKIM BERI KHIDMAT NASIHAT, BIMBINGAN

DALAM NEGARA

MYCARECOV19 JAKIM BERI KHIDMAT NASIHAT, BIMBINGAN

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menubuhkan Bilik Gerakan MyCareCov19 yang membuka talian khidmat nasihat dan bimbingan kepada orang ramai sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bilik Gerakan MyCareCoV19 yang mula beroperasi sepenuhnya mulai semalam itu adalah sebahagian inisiatif MyCareCoV19 digerakkan JAKIM.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM, Hakimah Mohd Yusoff berkata, bilik gerakan itu beroperasi di Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) JAKIM di aras 4, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya.

Katanya, inisiatif itu turut mendapat kerjasama agensi agama di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri(Hal Ehwal Agama) iaitu Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Ia juga disokong Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP).

“Modus operandi Bilik Gerakan MyCareCoV19 ini ialah sedaya upaya untuk memeluk emosi golongan yang terjejas akibat PKP tanpa mengira kaum dan agama melalui perkongsian rasa, khidmat nasihat dan bimbingan yang diberi kepada mereka.

“Selain itu langkah proaktif yang dilakukan oleh MyCareCoV19 ini ialah dengan menghubungi kumpulan sasar yang dicadangkan oleh KPWKM, KPKT, KBS dan KWP,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hakimah berkata seramai lapan petugas dan 20 kaunselor akan terlibat secara harian dalam memberi khidmat kepada kumpulan sasar.

Beliau berkata Bilik Gerakan MyCareCov19 itu boleh dihubungi melalui talian 03-8870519/7527/7528 atau emel kepada mycarecov19@islam.gov.my. Petugas juga akan menghubungi kumpulan sasar melalui talian 03-88707000.

Sebanyak 43 panggilan dan 12 emel diterima daripada klien dan lima panggilan susulan kes direkodkan pada hari pertama MyCareCov19 dibuka semalam. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading