Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PKP: TIADA LAGI KOMPAUN, TERUS KE MAHKAMAH

DALAM NEGARA

PKP: TIADA LAGI KOMPAUN, TERUS KE MAHKAMAH

PUTRAJAYA: Polis tidak lagi akan mengeluarkan kompaun bagi kesalahan mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa ketiga bermula esok, sebaliknya individu yang ingkar akan terus ditahan dan dituduh di mahkamah.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jumlah kumulatif yang ingkar PKP sehingga semalam adalah sebanyak 9,090 orang dan keseluruhan kompaun dikeluarkan berjumlah 4,036.

“PDRM (Polis Diraja Malaysia) telah menahan 1,374 individu kerana ingkar PKP,  merangkumi 931 individu dikenakan kompaun RM1,000 manakala 418 orang direman dan 25 individu dijamin polis,” katanya pada sidang media harian PKP di sini, hari ini. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading