Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

COVID-19: 202 SEMBUH, MELEBIHI JUMLAH KES POSITIF BAHARU

DALAM NEGARA

COVID-19: 202 SEMBUH, MELEBIHI JUMLAH KES POSITIF BAHARU

PUTRAJAYA: Keadaan COVID-19 di Malaysia terus merekodkan perkembangan baik apabila jumlah pesakit yang pulih sepenuhnya dan dibenarkan discaj dari wad hari ini berjumlah 202 orang, melebihi jumlah kes positif baharu.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sehingga 12 tengah hari ini, terdapat 170 kes baharu direkodkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di negara ini sebanyak 4,987 kes. 

“Setelah kes kumulatif ditolak dengan kes discaj dan kematian, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 2,427 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya.

Bercakap pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di sini hari ini, Dr Noor Hisham berkata terdapat pertambahan lima kes kematian menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 82 kematian akibat COVID-19, setakat ini. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading