ISU NIKAH ONLINE DIBINCANG DI WILAYAH PERSEKUTUAN – ZULKIFLI

KUALA LUMPUR: Pernikahan dalam talian (online) antara isu utama dibincang dalam mesyuarat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata turut dibincangkan dalam mesyuarat itu adalah siri kuliah dalam talian (online) bagi membantu pendakwah sepenuh masa dI Wilayah Persekutuan yang terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, turut dibincangkan juga isu zakat fitrah, persediaan Ramadan untuk asnaf, rakan jalanan dan semua pihak terjejas di Wilayah Persekutuan berikutan PKP bagi mengekang penularan COVID-19.

“Saya dan semua agensi di bawah saya akan berusaha seupaya mungkin, siang dan malam, untuk memastikan Ramadan anda semua pada kali ini, amat-amat bermakna,” kata Zulkifli dalam posting terkini di Facebook beliau hari ini.

Media sebelum ini melaporkan negara jiran iaitu Indonesia membenarkan pendaftaran penikahan online ekoran penularan wabak penyakit itu yang tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.

Kerajaan menguatkuasakan PKP sejak 18 Mac lalu hingga 28 April depan bagi membendung penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Ketika ini, Malaysia merekodkan 4,817 kes COVID-19 dengan 2,464 kes atau 47 peratus sembuh.

Daripada jumlah itu, 77 kes atau bersamaan 1.6 peratus adalah kes maut. — AlHijrah Online

25 comments

  • Nor shahira binti ishak

    Assalamualaikum ,, bolehkah saya bertanya isu untuk bakal berkahwin tapi ada sedikit masalah yang ingin saya kongsikan. Saya ingin berkahwin dengan bakal saya. Seluruh keluarga telah merestui hubungan kami termasuk wali saya. Tetapi di sini saya ingin menyatakan yang wali saya sudah meletakkan syarat seperti mana dia meletakkan dengan harga 13k. Saya tidak bersetuju dengan syarat wali saya, kerana di luar kemampuan kami. Hasrat saya sekadar ingin mengakad, mengikut yang mana wajib sahaja. Kenapa wali saya tidak mahu permudahkan urusan mengikut syarat islam yang telah di tetapkan? Boleh beri saya pandangan mengenai isu wali saya yang sukar untuk permudahkan urusan nikah anaknya? Mohon sedikit pencerahan buat saya.

  • Mungkin boleh dipertimbangkan untuk kursus perkahwinan online juga?

  • Salam. Saya ingin bertanya tentang isu pernikahan secara online. Saya akan menikah pada 30 mei di kelantan. Adakah isu ini hanya di wilayah sahaja atau di kelantan juga boleh secara online?

  • Assalamualaikum saya nk tanya mcm mna pulak dgn majlis sy pada bulan 8 nnti kalau diperlanjutkan lagiii pkp ni, sy masih belum buat test hiv semua 😌

  • Saya nak nikah . Tp skg saya pening psl wali . Saya dr kecik da amik oleh ayah angkt saya . Tp skg ni ayah angkat saya pn saya da tktau da dkt mana . Mohon bantu mcmmna saya nk nikah ye nk amik wali hakim mcmmna ye

  • Assalamualaikum, kalau untuk yg nak ambik kursus kahwin mcm mana ye? Tak boleh buat ONLINE juga ke? Kesian dgn yg dah plan untuk nikah awal tp tak boleh nak ambik sijil kursus kahwin lagi sebab pkp kena extend. Harap dibincangkan juga untuk kursus kahwin

  • Bagaimana dengan penceraian ada yg boleh Bantu dalam waktu pkp ni

  • Salam pada akak. maaf ye kak. saya pun sebenarnya dalam fasa yg sama. bezanya dari hantaran 30k walaupun dah cukup. kami diizinkan nikah tanpa masalah. majlis xde semua xde. kalau Wali sendiri macam ni. tanggung la dosa dia sekat fitrah manusia. lupakah dia akan Sunnah Nabi… permudahkan nikah keran Islam itu mudah… Islam adalah sempurna tapi kita sebagai pengikutnya yg sendiri mencemarkan imej Islam.. saya pun bukan Islam asal. saya mengenal Islam pada beberapa tahun lalu… dan saya yakin akan Islam.. soalnya adakah wali akak ni yakin akan Islam?

  • Muhammad Faizal Sa’ad

    Assalamualaikum. Jadi adakah nikah secara online telah pun dilaksanakan? Jika ya,bagaimanakah caranya? Tarikh nikah saya adalah 12 April 2020 tetapi terpaksa ditunda disebabkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan masih berkuatkuasa.

  • Salam nak tanyaa. Sy dh temuduga nikah dn borng sy dh dicop cuma x sempat hantar ke pjbt kadi semula bersama sama dengan borang bakal suami saya kerana isu covid ini. Adakah sy perlu print borng encr smula dn temuduga semula kerana borang sy tamat tempoh 28hb april sama dengan tarikh pkp

  • assalamualaikum. bagaimana pula dengan sesi kursus perkahwinan yer ? akan dibuat online jugak ke ?

  • Noor Nadiatul Akma binti Hamidon

    Assalmualaikum, nak tanye, macam case saya n bakal, kami dah buat ujian HIV dan dah isi borang lengkap tapi tak sempat untuk dapatkan pengesahan dan cop disebabkan PKP. jadi bagaimana urusan selanjutnya? jika nikah online ini dilaksanakan apakah prosedur yang perlu kami ikot. memandangkan borang kami masih tidak ada pengesahan dan cop dari pegawai berkaitan. Pernikahan kami dirancang diadakan pada 5/6/20 dan mungkin kena tangguh disebabkan PKP. mungkinkan ada alternatif lain untuk kami menyelesaikan borang nikah berkenaan? Mohon pencerahan.

    Terima kasih.

  • Saya sokong kalau ada khusus kahwin online..harap2 ada la

  • Assalamualaikum… saya harap kursus perkahwinan online dibuat sebab dah plan nak kursus kawen tp sbb pkp ni , jadi extend. thankyou

  • Salam. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Bilik Gerakan MyCareCov19 di talian 03-8870519/7527/7528 atau emel kepada mycarecov19@islam.gov.my.

  • Assalamualaikum ,kepada yang berkenaan .Sy ingin bertanya berkaitan kursus kahwin?Adakah akan ada langkah penyelesaiaannya?Harap ada langkah penyelesaiannya untuk kami yang ingin berkursus kahwin & menikah ini.

  • Pingback: Nikah ‘Online’ di Malaysia Akan Dibincangkan - BAH News

  • Setuju… Sama kes dengan saya.. Persiapan telahpun dibuat.. Hanya kursus kahwin sahaja yang belum diselesaikan dan tak sangka hal ini berlanjutan. Mohon pihak JAWI pertimbangkan akan hal ini. InshaAllah.

  • Macam mn dengan khusus khwin ya ?

  • Saya syor untuk adakan kursus kahwin online juga.

  • Assalamualaikom. Kepada jabatan agama dearah… Sy harap kaji semula isu akad nikah tanpa majlis… Sekiranya akad nikah memenuhi aspek SOP tak keberatan jikalau diteruskan… Minta maaf terima kasih

  • Abdul Talib Hamzah

    Harap pihak berkenaan jawablah pertanyaan dalam forum ini. Jangan biar tergantung sebab ramai nak tau. Lamanweb jabatan @ daerah atau negeri pun tak dikemaskini untuk mendapat info terkini dengan lebih lanjut.
    Senaraikan keperluan untuk pernikahan online secara lengkap untuk kemudahan semua pihak.

  • Assalamualaikum saya Mohd zairi
    Kepada Jabatan agama Kedah saya ingin bertanya sampai bila Majlis akad nikah dinegeri ini boleh dibenarkan. Sebab saya Ada berhubung dengan pejabat agama Sik tp tiada jawapan Sampai Kan saya call pejabat agama Kedah di alor star tapi juga tidak berjawab juga. Sebab saya skrg berada dikedah rumah bakal akak ipar sebabnyer saya tidak dimaklumkan oleh imam yg bakal menikahkan saya. Bakal isteri juga tidak diberitahu saya cuma ingin mendapatkan jawapan Sampai bila Majlis akad nikah nie akan ditunda. Sebab Ada berapa negeri yg Terus menjalankan Majlis akad nikah. Mintak maaf sekadar bertanya terima kasih

  • assalamualaikum..bolehkah saya bertanya..kalau mohon nikah secara online..tapi saya dan pasangan belum ada kursus nikah..adakah kami masih boleh bernikah..?

  • Saya pun berharap kursus pra perkahwinan ini akan dianjurkan secara online juga. Kesian dekat bakal pengantin yg nak bernikah tapi terbantut disebabkan pkpb.

Leave a Reply