Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LEBIH 1.9 JUTA DIJANGKITI COVID-19 DI SELURUH DUNIA

DUNIA

LEBIH 1.9 JUTA DIJANGKITI COVID-19 DI SELURUH DUNIA

ANKARA: Kes jangkitan koronavirus di peringkat global semalam melebihi 1.9 juta, demikian menurut data Universiti Johns Hopkins.

Agensi berita Anadolu melaporkan data universiti itu menunjukkan jumlah kes kematian global mencecah 118,459, manakala 446,002 kes dilaporkan sembuh.

Sejumlah 1,904,566 kes direkodkan di seluruh dunia dengan Amerika Syarikat (AS) mencatat lebih setengah juta jangkitan iaitu melebihi 572,000 kes.

AS juga merekodkan jumlah kes kematian tertinggi dengan lebih 23,000 maut, sekali gus menjadi epicenter terbaharu COVID-19.

Itali berada di tangga kedua dari segi jumlah kematian dengan 20,465 kes maut, manakala Sepanyol di kedudukan kedua dari jumlah jangkitan dengan 169,496 kes.

China, ground zero bagi penularan virus itu, dilaporkan merekodkan 3,345 kematian dan lebih 83,200 kes jangkitan, di mana angka itu diragui di dalam dan luar China.

Angka kematian di China, menurut data universiti berkenaan, kekal dalam digit tunggal dengan lebih 78,000 dilaporkan sembuh.

COVID-19 dilaporkan merebak di 185 negara sejak mula menular di China pada Disember lalu.

Sekalipun mencatatkan peningkatan, majoriti individu yang dijangkiti mengalami simptom biasa sebelum sembuh. — Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading