PERDANA MENTERI DIMASUKKAN KE HOSPITAL

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dimasukkan ke hospital pagi ini.

Ia selepas beliau dilapor mengalami diarea sejak semalam.

“Pejabat Perdana Menteri ingin memaklumkan bahawa Perdana Menteri telah mengalami diarea sejak semalam.

“Sehubungan dengan itu beliau telah didaftar masuk ke sebuah hospital di ibu negara pagi ini untuk menerima rawatan dan pemantauan,” kata kenyataan Pejabat Perdana Menteri. — AlHijrah Online

Leave a Reply