Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PERHIMPUNAN SOLIDARITI RAKYAT PALESTIN DI AXIATA ARENA AHAD INI

DALAM NEGARA

PERHIMPUNAN SOLIDARITI RAKYAT PALESTIN DI AXIATA ARENA AHAD INI

PUTRAJAYA: Satu perhimpunan solidariti bersama rakyat Palestin akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada hari Ahad ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan turut hadir pada perhimpunan yang dijadualkan bermula pukul 8 malam itu.

“Kita buka ruang ini untuk semua pihak bersama-sama bersolidariti, dan kita harap ini akan menjadi isyarat jelas kepada masyarakat antarabangsa juga bahawa pendirian rakyat Malaysia terhadap isu Palestin tidak berubah, dan kita akan terus bersolidariti bersama rakyat Palestin,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata semua pihak termasuk ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara tanpa mengira dari parti mana sekalipun, turut dijemput hadir ke perhimpunan itu.

Sebelum ini Himpunan Solidariti Bersama Gaza pernah diadakan di Masjid Negara yang menghimpunkan pemimpin politik Kerajaan Perpaduan dan pembangkang bagi menyatakan solidariti kepada rakyat Palestin. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading