Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PERKESO DAKWA 13 MAJIKAN GAGAL BAYAR, DAFTAR CARUMAN PEKERJA

DALAM NEGARA

PERKESO DAKWA 13 MAJIKAN GAGAL BAYAR, DAFTAR CARUMAN PEKERJA

Perkeso Kelantan mendakwa 13 majikan atas kegagalan mencarum untuk pekerja mereka. Ramai majikan yang degil dan gagal mendaftarkan pekerja mereka di Perkeso.

KOTA BHARU: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan mendakwa 13 majikan degil di negeri itu termasuk satu waran tangkap dikeluarkan atas pelbagai kesalahan sejak Januari 2021 sehingga 10 Februari 2022.

Pengarah Perkeso Kelantan Nora Yaacob berkata, sejumlah RM17,600 denda dikenakan dalam tempoh tersebut, atas kegagalan majikan mencarum untuk pekerja mereka.

“Antara kesalahan didakwa terhadap majikan seperti gagal membayar caruman, gagal mendaftarkan perusahaan dan gagal mendaftarkan pekerja.

“Perkeso mengambil tindakan tegas bagi memastikan majikan mematuhi peraturan melalui pemantauan atau mengadakan operasi secara berkala di semua sektor pekerjaan dalam usaha mengesan majikan culas dan belum mendaftarkan perusahaan serta pekerja,” katanya seperti dilapor BERNAMA.

Mengulas lanjut, Nora berkata, tindakan tegas itu dilakukan bagi memastikan semua pekerja mendapat hak perlindungan keselamatan sosial dengan sewajarnya dan majikan perlu mengambil kira akan hal kebajikan pekerja.

Ujarnya ramai majikan degil dan gagal mendaftarkan pekerja mereka di Perkeso dengan memberi pelbagai alasan, antaranya pekerja masih baharu, tidak tahu pekerja warga asing perlu didaftarkan, tidak arif berkaitan Perkeso dan menyangka perniagaan kecil tidak perlu mendaftar. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading