Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PERKHIDMATAN TELEKOMUNIKASI MULA PULIH DI GAZA SELEPAS EMPAT HARI

DUNIA

PERKHIDMATAN TELEKOMUNIKASI MULA PULIH DI GAZA SELEPAS EMPAT HARI

Perkhidmatan telekomunikasi mula pulih di Semenanjung Gaza pada Ahad selepas gangguan selama empat hari, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan syarikat telekomunikasi, Jawwal.

Sumber Gambar: BERNAMA

RAMALLAH: Perkhidmatan telekomunikasi mula pulih di Semenanjung Gaza pada Ahad selepas gangguan selama empat hari, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan syarikat telekomunikasi, Jawwal.

Jawwal dalam satu kenyataan berkata perkhidmatan telefon dan Internet di tengah dan selatan Semenanjung Gaza telah pulih.

“Juruteknik kami telah melakukan segala yang mungkin untuk memulihkan sepenuhnya perkhidmatan di semua kawasan di Semenanjung Gaza,” katanya.

Syarikat telekomunasi Ooredoo juga mengesahkan penyambungan semula perkhidmatan terlekomunikasi selepas gangguan pada Khamis.

Israel melancarkan serangan udara dan darat di Semenanjung Gaza, membunuh sekurang-kurangnya 18,800 penduduk Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita, selain mencederakan 51,000 yang lain, menurut pihak berkuasa kesihatan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading