Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PERLAWANAN BADMINTON ISRAEL LAWAN NEPAL DISIARKAN SECARA TIDAK SENGAJA – RTM

DALAM NEGARA

PERLAWANAN BADMINTON ISRAEL LAWAN NEPAL DISIARKAN SECARA TIDAK SENGAJA – RTM

KUALA LUMPUR: Perlawanan badminton perseorangan lelaki peringkat kumpulan antara atlet Israel dan Nepal disiarkan secara tidak sengaja dalam tempoh kurang daripada lima minit di Saluran Olimpik 4 RTMKlik pada malam Rabu lepas.

Atlet Israel Misa Zilberman. – AFP

KUALA LUMPUR: Perlawanan badminton perseorangan lelaki peringkat kumpulan antara atlet Israel dan Nepal disiarkan secara tidak sengaja dalam tempoh kurang daripada lima minit di Saluran Olimpik 4 RTMKlik pada malam Rabu lepas.

Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Suhaimi Sulaiman dalam kenyataan tengah malam ini bagaimanapun berkata Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah mengambil tindakan segera dengan menukar siaran ke acara lain iaitu bola baling.

“RTM selaku Penyiar Rasmi Sukan Olimpik Paris 2024 menyiarkan perlawanan Lee Zii Jia secara langsung di Saluran Okey pada 8.50 malam hingga 9.30 malam, 31 Julai (MyTV, Astro & RTMKLIK).

“RTM menyiarkan secara langsung Sukan Olimpik melalui Saluran TV Okey dan Saluran Sukan serta enam saluran khas di RTMKlik bagi memenuhi hasrat rakyat Malaysia yang mahu merasai kehangatan Sukan Olimpik lebih dekat bermula 27 Julai lepas hingga 12 Ogos,” katanya.

Petang Khamis, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil telah meminta RTM untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan tiada siaran langsung aksi pemain profesional badminton perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Sukan Olimpik Paris 2024.

Ia susulan seorang pengguna laman Facebook meluahkan rasa tidak puas hati apabila RTM sebagai badan penyiaran nasional tidak menyiarkan aksi Zii Jia menentang pemain ke-62 dunia dari Sepanyol Pablo Abian, sebaliknya menyiarkan perlawanan antara atlet Israel Misa Zilberman dan atlet Nepal Prince Dahal. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading