Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI WAKILI MALAYSIA HADIR PENGEBUMIAN HANIYEH DI QATAR

DALAM NEGARA

TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI WAKILI MALAYSIA HADIR PENGEBUMIAN HANIYEH DI QATAR

PUTRAJAYA: Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah akan mengetuai delegasi Malaysia ke Doha, Qatar bagi menghadiri upacara pengebumian Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh pada Jumaat.

Ismail Haniyeh terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kediamannya di utara Tehran, pada kira-kira pukul 2 pagi waktu tempatan, 31 Julai lepas. – foto / AFP

PUTRAJAYA: Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah akan mengetuai delegasi Malaysia ke Doha, Qatar bagi menghadiri upacara pengebumian Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh pada Jumaat.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Negeri Shamsul Anuar akan diiringi oleh Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan pegawai-pegawai dari Kementerian Dalam Negeri.

Timbalan Menteri dan delegasinya akan menyertai solat jenazah di Masjid Imam Muhammad ibn Abd al-Wahhab di Doha selepas solat Jumaat.

Haniyeh akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Imam Penubuh di bandar Lusail.

Menurut kenyataan itu Malaysia menyatakan solidariti terhadap keluarga, kepimpinan, dan rakyat Palestin.

“Penderitaan dan pengorbanan rakyat Palestin yang tidak berbelah bahagi adalah epitome kehidupan Almarhum Ismail Haniyeh yang telah mengorbankan kehidupan keluarga, dan jiwanya dalam perjuangan menuntut kebebasan, keamanan dan keadilan ke arah usaha merealisasikan sebuah negara Palestin yang berdaulat dan merdeka,” menurut kenyataan itu.

Media Iran melaporkan bahawa Haniyeh terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kediamannya di utara Tehran, pada kira-kira pukul 2 pagi waktu tempatan, 31 Julai lepas.

Haniyeh berada di Tehran untuk majlis pelantikan Presiden yang baharu Iran Masoud Pezeshkian. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading