Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PERMOHONAN TIDAK MAHU AJAR JAWI DITOLAK

DALAM NEGARA

PERMOHONAN TIDAK MAHU AJAR JAWI DITOLAK

KUALA LUMPUR: Permohonan parti Gerakan bagi tidak melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran (PnP) tulisan jawi di sekolah vernakular ditolak Mahkahmah Tinggi Pulau Pinang, harini.

Menurut Amarjit Serjit Singh, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Jawi sebahagian daripada Bahasa Malaysia yang merupakan bahasa kebangsaan.

Beliau berkata pelaksanaan kelas Jawi ini tidak bertentangan dengan semangat Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 dan peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

September lalu, fail saman daripada Gerakan dikemukakan kepada kerajaan pusat bagi mencabar keputusan kerajaan yang mahu melaksanakan pembelajaran tulisan jawi di sekolah vernakular.

Mak Kah Keong, peguam yang mewakili Gerakan menghubungi media hari ini berkata pusat Gerakan akan bermesyuarat untuk menentukan sama ada rayuan berhubung keputusan itu. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading