PERTIMBANGAN EKONOMI TIDAK KEKANG PENDIRIAN MALAYSIA DALAM ISU GAZA – PM ANWAR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata walaupun pertimbangan ekonomi amat penting, namun ia tidak akan mengurangkan atau mengekang pendirian Malaysia dalam menyuarakan tuntutan dan keadilan buat rakyat Palestin khususnya di Gaza.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini. — fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata walaupun pertimbangan ekonomi amat penting, namun ia tidak akan mengurangkan atau mengekang pendirian Malaysia dalam menyuarakan tuntutan dan keadilan buat rakyat Palestin khususnya di Gaza.
Beliau berkata Malaysia sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat akan terus menyuarakan pendirian dalam isu-isu antarabangsa termasuk penindasan dan kezaliman di Gaza.
Mengambil hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat, Perdana Menteri berkata dari segi diplomatik ia masih baik, dan kedua-dua negara meneruskan semua perkongsian komprehensif dan kerjasama termasuk pertemuan dengan pemimpin negara itu.
“Dari Januari hingga Oktober 2024, jumlah perdagangan dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat meningkat 29.1 peratus kepada RM264.28 bilion, peningkatan agak tinggi iaitu US$57.76 bilion daripada RM204.78 bilion atau US$45.09 bilion bagi tempoh sama 2023,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan RSN Rayer (PH-Jelutong) mengenai adakah Malaysia menghadapi apa-apa risiko sekatan perdagangan dari Amerika Syarikat disebabkan kelantangan Perdana Menteri yang mempertahankan hak rakyat dan negara Palestin.
Bagaimanapun Anwar berkata Malaysia akan terus memantau perkembangan terbaharu dasar Amerika Syarikat.
“Kita juga bimbang dengan perkembangan-perkembangan terbaharu termasuk tindakan kenaikan tarif untuk Mexico, Kanada dan China, setakat ini kita pantau, ia tidak melibatkan isu dasar luar negara termasuk soal Gaza atau Palestin.
“Ia melibatkan soal imbangan bayaran antara kedua negara, ada berlaku defisit,” katanya.
Sebelum ini Presiden dipilih Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan bakal mengenakan tarif import yang tinggi ke atas semua barangan dari Mexico dan Kanada serta tarif tambahan terhadap barangan dari China sebaik sahaja beliau kembali ke White House nanti.
Menjawab soalan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) sama ada Malaysia akan menimbangkan tindakan lebih tegas dengan mengikuti Afrika Selatan memfailkan kes terhadap Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di bawah Konvensyen Genosid 1948, Anwar berkata Malaysia menghantar wakil sebagai tanda menyokong kes berkenaan.
Anwar berkata Malaysia tidak mempunyai kedudukan dan suara yang sama seperti Afrika Selatan untuk membawa kes ke mahkamah pengadilan antarabangsa kerana negara ini tidak menandatangani Statut Rom.
“Setakat ini Malaysia dalam soal Statut Rom…ada kekangannya kerana beberapa peruntukan dalam Statut Rom yang tidak boleh diterima sebahagaian masyarakat kita, terutama dalam dasar mempertahankan hak bumiputera, soal agama, serta LGBT, dan ini juga telah ditimbulkan Majlis Raja-Raja.
Bagaimanapun Perdana Menteri berkata Malaysia telah menyuarakan pendirian tegas berkaitan isu Palestin termasuk di pentas antarabangsa seperti Sidang Kemuncak G20, dan dalam pertemuan empat mata dengan pemimpin negara-negara luar. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests