KEBANYAKAN INSIDEN BANJIR KILAT KERANA ISU KEBERSIHAN – AIMAN ATHIRAH
Kebanyakan kejadian banjir kilat yang berlaku di negara ini disebabkan oleh masalah kebersihan, terutamanya longkang dan saliran yang tersumbat, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Sepang Datuk Aiman Athirah Sabu ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri sempena persidangan Dewan Rakyat hari ini. — fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Kebanyakan kejadian banjir kilat yang berlaku di negara ini disebabkan oleh masalah kebersihan, terutamanya longkang dan saliran yang tersumbat, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu.
Menurut beliau, masalah ini memerlukan kesedaran awam di peringkat komuniti untuk sama-sama menangani isu banjir kilat.
“Ia memberi satu peringatan penting… baru-baru ini, banjir berlaku di Kuala Lumpur disebabkan oleh saluran yang tersumbat. Jika kesedaran awam dapat dipertingkatkan mengenai kepentingan kebersihan, ia akan memberi impak yang positif,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Wan Razali Wan Nor (PN-Kuantan) mengenai dapatan hasil perancangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersama pelbagai agensi kerajaan berkaitan untuk menyelesaikan isu banjir bagi jangka panjang.
Menjawab persoalan Wan Razali mengenai sama ada KPKT bersedia menggunakan teknologi saliran atau sistem pengalihan air seperti yang digunakan di Jepun untuk mengatasi masalah banjir kilat, Aiman Athirah menjelaskan bahawa perkara itu sedang dipertimbangkan.
“Ia memerlukan jumlah perbelanjaan yang cukup besar, tetapi tidak mengapa kerana ini memang dalam perhatian kita dari semasa ke semasa untuk memperbaiki gerak kerja kita dalam menangani masalah banjir kilat,” katanya.
Bagi mengukuhkan keberkesanan pengurusan banjir kilat, Aiman Athirah berkata kerajaan telah memperuntukkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara untuk menaik taraf sistem perparitan dan saliran sedia ada di kawasan yang dikenal pasti sebagai “hotspot” banjir.
Beliau menjelaskan antara usaha yang dijalankan adalah projek penyelenggaraan kolam takungan banjir dan penyelenggaraan system perparitan, dengan masing-masing membabitkan kos RM50 juta dan RM20 juta bagi tahun ini. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests