PESARA BOMBA DIPENJARA ENAM BULAN, DENDA RM4,500 AJAR ANAK AJARAN AHMADI
Seorang pesara bomba dipenjara enam bulan dan didenda RM4,500 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Seremban hari ini, selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan mengajar ajaran salah berkaitan Ahmadi Religion of Peace and Light kepada anak lelakinya.
SEREMBAN: Seorang pesara bomba dipenjara enam bulan dan didenda RM4,500 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan mengajar ajaran salah berkaitan Ahmadi Religion of Peace and Light kepada anak lelakinya.
Hakim Zulfikri Yasoa menjatuhkan hukuman itu terhadap Zolekafeli Abd Ghani, 60, selepas dia membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan dibacakan secara berasingan, selain memerintahkan penjara dua minggu bagi setiap pertuduhan sekiranya gagal membayar denda.
Lelaki itu didakwa mengajar ajaran salah kepada anaknya berumur 30 tahun, yang berlawanan dengan hukum syarak iaitu dengan menyatakan Abdullah Hashim adalah Imam Mahdi yang ketiga dan ajaran itu mendakwa roh Allah ada pada Abdullah Hashim.
Selain itu, dia turut didakwa mengajar ajaran salah kepada individu sama dengan menyatakan al-Quran ditokok tambah oleh Saidina Umar, selain menyatakan perkahwinan adik beradik dibenarkan dengan syarat kahwin secara biologi dan bukannya roh.
Ketiga-tiga kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Taman Ampangan di sini antara 2 hingga 4.40 petang pada 12 Okt, mengikut Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 pindaan 2019 yang memperuntukkan penjara maksimum tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan menghidap kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung, selain perlu menanggung tiga anak yang masih belajar.
Bagaimanapun, Pendakwa Syarie Azizudin Abdullah Halim dan Zarul Izham Jaafar memohon mahkamah mengenakan hukuman lebih berat, berikutan kesalahan itu sangat serius dan boleh menjejaskan akidah umat Islam.
“Sekiranya hukuman rendah diberikan, saya khuatir masyarakat tak ambil serius terhadap kesalahan sebagaimana dilakukan tertuduh. Ajaran sesat ini aktif di pelbagai platform media sosial, mempunyai 30,000 pengikut selain menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi.
“Ajaran ini bukan ajaran biasa, malah ramai jadi pengikut terutama rakyat Malaysia, oleh itu hukuman sewajarnya perlu dikenakan sebagai pengajaran kepada orang awam supaya tidak terpengaruh dengan ajaran sesat dan kesyirikan yang membawa kepada dosa besar,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked