PKPP: LANJUT ATAU TIDAK, TUNGGU PENGUMUMAN PM

SOP penjarakan fizikal

KUALA LUMPUR: Teka teki sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan ditamat atau dilanjutkan, akan terjawab dalam masa terdekat.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, perkara itu akan diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin beberapa hari lagi.

“Pengumuman akan dibuat YAB Perdana Menteri. Ia dijangka dibuat minggu ini, sebagai mana kelaziman, hal itu diumumkan seminggu lebih awal. Sama-sama kita nantikan.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,
Menteri Kanan (Keselamatan)

PKPP berkuat kuasa 10 Jun lepas sehingga 31 Ogos ini. Melaluinya pelbagai kelonggaran diberikan kerajaan bagi merancakkan semula aktiviti ekonomi, pendidikan, perniagaan, serta rutin harian namun masih tertakluk dengan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Antara SOP asas yang masih perlu dipatuhi rakyat adalah; memakai pelitup muka, memastikan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter dipatuhi, dan mencuci tangan dengan sabun hingga bersih.

Pemakaian pelitup muka salah satu SOP penting sepanjang PKP

Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini mengesyorkan pelanjutan PKPP berdasarkan kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang meramalkan bahawa pandemik COVID-19 akan berakhir dalam masa dua tahun. — AlHijrah Online / Ardi Herman Mohd Mardzi

Leave a Reply