Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PM ANWAR MENGHADAP TMJ DALAM SUASANA MESRA, HARMONI

DALAM NEGARA

PM ANWAR MENGHADAP TMJ DALAM SUASANA MESRA, HARMONI

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersepakat bersama Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail untuk terus mengekalkan hubungan baik.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersepakat bersama Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail untuk terus mengekalkan hubungan baik.

Anwar dalam kenyataannya memaklumkan kerjasama erat perlu diperkukuh antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Johor demi rakyat negeri itu.

Terdahulu, Anwar hari ini menghadap Tunku Mahkota Ismail di Istana Bukit Tunku, di sini, dalam suasana mesra dan harmoni

“Pertemuan ini memberikan ruang yang baik untuk bertukar pandangan dan membincangkan perkara-perkara terkait kebajikan serta kesejahteraan rakyat, khususnya di negeri Johor Darul Ta’zim.

“Kami turut membincangkan perkembangan semasa dan perancangan berterusan Kerajaan MADANI dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negeri,” katanya hari ini.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading