ABU DHABI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan lawatan beliau ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebagai membuahkan hasil yang baik dengan berjaya menarik komitmen pelaburan berjumlah RM40.6 bilion (US$8.6 billion) .
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mendengar pertanyaan semasa sidang media sempena lawatan kerjanya ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) – Bernama
ABU DHABI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan lawatan beliau ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebagai membuahkan hasil yang baik dengan berjaya menarik komitmen pelaburan berjumlah RM40.6 bilion (US$8.6 billion) .
Beliau berkata kini terpulang kepada pimpinan kerajaan serta kementerian dan agensi terbabit untuk menjadikannya realiti yang pada akhirnya akan menguntungkan negara dan rakyat.
Katanya pelaburan terbesar adalah melalui pemeteraian dua Memorandum Persefahaman (MoU) iaitu di antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Majlis Pelaburan Antarabangsa UAE (UAEIIC) berhubung kerjasama bagi menggalakkan pelaburan serta MIDA dan dan Abu Dhabi Future Energy Company PJSC-Masdar berhubung projek-projek tenaga boleh diperbaharui di Malaysia dengan kapasiti sehingga 10 gigawatt bernilai US$8 bilion.
“Saya juga mahu memberi penekanan kepada bidang Kecerdasan Buatan (AI) kerana UAE telah mencapai kemajuan yang menakjubkan dalam bidang ini. Masdar City dibangunkan secara canggih, moden dan memenuhi keperluan hijau dan kewujudan universiti bertaraf dunia, Mohamed bin Zayed University of Artifical Intellegence (MBZUAI), yang pertama mengkhususkan bidang AI.
“Mereka (MBZUAI) memberi laluan untuk bekerjasama dengan Malaysia dan universiti-universiti tempatan serta pelajar-pelajar Malaysia untuk belajar di sana bagi program siswazah,” katanya kepada media Malaysia di akhir lawatan kerja dua hari beliau ke UAE di sini hari ini.
Anwar berkata sepanjang lawatan kerja itu, beliau berkesempatan bertemu dengan ramai tokoh-tokoh penting di UAE yang mewakili sektor ekonomi, perdagangan dan pelaburan termasuk Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan dan beberapa menteri kanan.
Perdana Menteri turut bertemu dengan pemegang taruh dana kekayaan berdaulat UAE, Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) dan syarikat-syarikat perniagaan terbesar di UAE seperti Mubadala, Lulu Group International, Aldar dan ILC.
Selain Masdar, komitmen pelaburan lain adalah dalam sektor logistik yang bernilai US$450 juta dan sektor aeroangkasa bernilai US$150 juta.
Perdana Menteri juga turut berinteraksi dengan 35 pemain industri utama UAE semasa sesi Meja Bulat bertajuk “Roundtable Meeting with the Captains of Industry in the UAE”, selain pertemuan dengan Syarikat G42 yang mempunyai kepakaran dalam bidang AI.
Mengulas pertemuan dengan Presiden UAE, Anwar berkata pertemuan di antara mereka berlangsung lebih lama dari yang dirancang iaitu kira-kira satu jam.
“Pada pertemuan itu memang saya menekankan isu-isu ekonomi, perdagangan dan pelaburan. Sebagai sesama negara Islam, kita membincangkan soal diplomatik dan isu-isu serantau dunia Arab dan Asia,” katanya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked