PM ANWAR UMUM TOL RAHMAH PERCUMA SELAMA EMPAT HARI SEMPENA AIDILFITRI
erajaan bersetuju memberikan tol RAHMAH percuma selama empat hari untuk dinikmati semua pengguna jalan raya bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, umum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju memberikan tol RAHMAH percuma selama empat hari untuk dinikmati semua pengguna jalan raya bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, umum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata tol RAHMAH percuma itu diberikan pada 19 April (Rabu) hingga 21 April (Jumaat) dan juga pada 24 April (Isnin) untuk perjalanan pulang semula ke kampung halaman masing-masing.
Katanya pelaksanaan tol RAHMAH percuma itu akan melibatkan 33 lebuh raya bagi semua kelas kenderaan.
“Ikhtiar ini dapat mengurangkan kos bayaran tol bagi rakyat yang akan pulang beraya di kampung halaman masing-masing serta memudahkan perancangan perjalanan balik,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Anwar berkata butiran lanjut berhubung pelaksanaan tol RAHMAH percuma akan diumumkan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi nanti.
Bagi memastikan kelancaran perjalanan pengguna jalan raya sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini, beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan Op Lancar pada 18 and 19 April ini dengan memfokuskan kepada laluan yang dijangka mengalami kesesakan.
Selain itu katanya Op Selamat 20 pula akan dilaksanakan bermula 20 April bagi tempoh tujuh hari dengan tema ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi’.
“Bagi tujuan ini, PDRM juga akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain termasuk Jabatan Sukarelawan (RELA) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk memastikan laluan-laluan ‘hotspots’ seperti susur masuk dan keluar di plaza tol misalnya, tidak mengalami kesesakan lalu lintas,” katanya.
Anwar turut mengumumkan yang PDRM akan memberikan Kadar Khas Bayaran Saman bermula 21 April sehingga 21 Mei bagi semua saman trafik PDRM untuk kesalahan tahun 2022 dan sebelumnya.
“Setiap saman boleh dilunaskan dengan kadar harga RM50 dan kadar khas ini tidak terpakai bagi saman trafik yang dikeluarkan pada tahun 2023,” katanya bahawa PDRM komited untuk terus memastikan keselamatan jalan raya pada tahap yang optimum terutamanya pada musim perayaan. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked