LITAR PINTAS PUNCA UTAMA KEBAKARAN STRUKTUR DI PAHANG – BOMBA
Litar pintas dikenal pasti punca utama kebakaran bangunan struktur di Pahang pada tahun lepas, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Datuk Dr Wan Mohammad Zaidi Wan Isa.
Pengerusi Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun melawat gerai pameran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pahang selepas melancarkan Kempen Keselamatan Kebakaran dan Aktiviti Air serta Pelancaran Op Raya sempena Aidilfitri hari ini. Turut kelihatan, Pengarah JBPM Negeri Pahang, Datuk Ir Ts Wan Mohammad Zaidi Wan Isa. — fotoBERNAMA
KUANTAN: Litar pintas dikenal pasti punca utama kebakaran bangunan struktur di Pahang pada tahun lepas, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Datuk Dr Wan Mohammad Zaidi Wan Isa.
Beliau berkata daripada 366 kes kebakaran struktur, sebanyak 61.2 peratus atau 224 kes berpunca daripada elektrik manakala bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini, 43 kes kebakaran direkodkan daripada punca yang sama.
Menurut Wan Mohammad Zaidi, berdasarkan statistik tahun lepas, 36 kes kebakaran direkodkan pada musim operasi dan bagi mengurangkan risiko tidak diingini, JBPM Pahang turut menjalankan pemeriksaan keselamatan di bangunan komersial yang menjadi tumpuan orang awam sepanjang musim perayaan ini.
“Pemeriksaan melibatkan bangunan seperti pasar raya, gedung tekstil serta hotel yang dijalankan selama dua minggu sebelum dan selepas hari raya.”
“Pemeriksaan ini bagi memastikan bangunan tersebut selamat dan bebas daripada bahaya kebakaran seperti laluan pelepasan diri mencukupi dan tidak terhalang, sistem pepasangan keselamatan kebakaran berfungsi dengan baik dan premis selamat daripada bahaya kebakaran,” katanya.
Wan Mohammad Zaidi berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Kempen Keselamatan Kebakaran dan Keselamatan Aktiviti di Air serta Pelancaran Ops Raya sempena Sambutan Perayaan Aidilfitri 2023 di sini, yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang Datuk Seri Johari Harun.
Beliau berkata untuk tahun ini, JBPM Pahang menempatkan pasukan peronda di tiga lokasi Rehat dan Rawat (R&R) di Pahang iaitu di Genting Sempah, Temerloh dan Gambang bagi memastikan tindakan efisien dan cepat dapat dilaksanakan jika berlaku kemalangan.
Sementara itu, Johari menasihatkan orang ramai untuk berwaspada dan tidak melakukan pembakaran terbuka berikutan cuaca panas kebelakangan ini berisiko mengakibatkan musibah besar.
“Difahamkan terdapat kejadian kebakaran berlaku di Triang (Bera) dan kawasan antara Pekan-Nenasi yang mungkin berpunca daripada kerja-kerja pembersihan ladang.”
“Saya berharap pihak terlibat dapat mengawal pembakaran ketika cuaca panas ini kerana boleh merebak dan membesar dengan cepat sehingga mampu membahayakan nyawa serta harta benda,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked