CYBERJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama 31 barisan ahli Kabinet hari ini menghadiri program Pemukiman Anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan 2024 di sini.
Kenderaan yang membawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. — Bernama
CYBERJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama 31 barisan ahli Kabinet hari ini menghadiri program Pemukiman Anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan 2024 di sini.
Program itu, yang berlangsung di Cyberview Resort & Spa selama dua hari sehingga esok, turut dihadiri oleh 15 jemputan khas, demikian menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, tiba pada kira-kira 2.40 petang dengan disambut oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.
Turut hadir kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.
Menurut JPM, program itu dilaksanakan selaras dengan hasrat Perdana Menteri untuk menyampaikan mandat kepada semua anggota Jemaah Menteri dan kepimpinan tertinggi perkhidmatan awam mengenai hala tuju serta strategi kerajaan sepanjang tahun ini selain bagi jangka sederhana dan panjang.
Pemukiman itu bertujuan mencapai penjajaran matlamat, mewujudkan rasa kebersamaan dan kesatuan dalam kalangan anggota Jemaah Menteri terhadap pelan tindakan kerajaan yang bersepadu serta tuntas berteraskan konsep keseluruhan kerajaan dan keseluruhan negara.
“Program permukiman kali ini juga membawa matlamat untuk memantapkan sinergi dan kerjasama antara Jemaah Menteri bersama kepimpinan perkhidmatan awam serta memberdaya iltizam dalam melaksanakan pelan-pelan tindakan tersebut (dengan Pelaksanaan Berfokus) untuk merealisasikan aspirasi Ekonomi MADANI,” katanya.
Menurut JPM, program itu membawa beberapa sesi wacana serta forum yang melibatkan pakar daripada sektor awam dan swasta, industri selain organisasi antarabangsa.
Perkara yang dibincang mencakupi aspek seperti Cabaran dan Hala Tuju Ekonomi, Kebajikan dan Keselamatan Sosial, Pembangunan Infrastruktur dan Kemampanan, Tadbir Urus, Inovasi dan Komunikasi ke arah kemakmuran negara, kata JPM.
Semalam, Anwar berkata sesi pemukiman kali ini akan memberi penumpuan kepada mencari ikhtiar baharu untuk melonjakkan ekonomi negara selain meneliti pelaksanaan dasar yang telah dilancarkan oleh kerajaan sepanjang 2023.
Sesi pemukiman pertama Perdana Menteri bersama Jemaah Menteri yang berlangsung di Putrajaya pada Januari tahun lepas antara lain membincangkan soal hala tuju dan penetapan petunjuk prestasi utama setiap kementerian dalam Kerajaan Perpaduan. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked