Pemberian baucar itu membabitkan murid tahun empat dan ke atas, pelajar sekolah menengah, penuntut institusi pendidikan tinggi serta Institusi Pendidikan Guru dan panduan mengenai judul buku yang boleh dibeli menggunakannya akan disediakan oleh kerajaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ramah mesra bersama kanak-kanak yang hadir pada Majlis Perasmian Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini. –fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pemberian baucar buku RM100 kepada golongan pelajar yang bermula esok petang.
Beliau berkata pemberian baucar itu membabitkan murid tahun empat dan ke atas, pelajar sekolah menengah, penuntut institusi pendidikan tinggi serta Institusi Pendidikan Guru dan panduan mengenai judul buku yang boleh dibeli menggunakannya akan disediakan oleh kerajaan.
“Saya cadang kita beri panduan kerana sebelum ini ada tetapi beli buku picisan yang tidak bernilai, mungkin sebahagiannya boleh untuk judul seperti karya sasterawan negara A. Samad Said, Shahnon Ahmad dan (Datuk Dr) Anwar Ridhwan.
“Juga usulkan mengenai buku terkait digital, AI (kecerdasan buatan) kerana negara kita melonjak ke arah itu dan rugi jika anak-anak tak tahu apa dia (AI), dan (sebahagian lagi baucar) kita beri kelonggaran kepada penerima untuk pilih sendiri,” katanya.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata demikian ketika berucap merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBKL) 2024 ke-41 di sini.
Turut hadir Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Anwar juga berkata cadangan untuk memberikan baucar itu kepada murid tahun empat dan ke atas adalah bagi mengurangkan tekanan kepada kewangan kerajaan.
“Jadi tidak boleh beri kepada semua sekali gus… negara berdepan kekangan ekonomi malah kerajaan ketika ini mewarisi hutang sekitar RM1.5 trilion selain keadaan defisit fiskal negara.
“Sekarang kita putuskan urus tadbir dengan baik, henti rasuah dan sakau bagi turunkan kadar hutang, rendahkan defisit belanjawan negara,” katanya.
Perdana Menteri turut meminta Fadhlina dan Zambry meneliti mekanisme pemberian baucar supaya ia dapat dilaksana seawal 2 petang esok sekali gus dapat dimanfaat oleh pengunjung PBAKL 2024.
PBAKL 2024 berlangsung selama 10 hari dari 24 Mei hingga 2 Jun. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager