Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS BANTUAN TNB MAUT KEMALANGAN

DALAM NEGARA

POLIS BANTUAN TNB MAUT KEMALANGAN

Seorang anggota polis bantuan Tenaga Nasional Berhad (TNB) maut apabila kereta dipandunya merempuh sebuah trak pikap yang berhenti selepas melanggar sekawan lembu di kilometer 57 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, dekat Kampung Rhu Sepuluh, di sini hari ini.

Sumber Gambar: Media Sosial

BANDAR PERMAISURI: Seorang anggota polis bantuan Tenaga Nasional Berhad (TNB) maut apabila kereta dipandunya merempuh sebuah trak pikap yang berhenti selepas melanggar sekawan lembu di kilometer 57 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, dekat Kampung Rhu Sepuluh, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Setiu Supt Mohd Zain Mat Dris berkata dalam kejadian 6.42 pagi itu, mangsa Che Mohd Nasir Jaafar, 56, yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan, dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila Toyota Hilux dipandu seorang anggota bomba berusia 45 tahun telah melanggar sembilan ekor lembu yang berada di atas jalan raya, ekoran keadaan persekitaran masih gelap.

“Kejadian itu menyebabkan kenderaan berkenaan memasuki laluan bertentangan dan pemandunya keluar untuk membuat kawalan. Namun selang beberapa minit, datang kereta Honda Civic dipandu mangsa dari arah bertentangan dan melanggar Toyota Hilux secara berhadapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk bedah siasat manakala tujuh ekor lembu mati akibat dilanggar pemandu Toyota Hilux berkenaan, dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading