Connect with us

ALHIJRAH NEWS

15 KAPAL LINTASI SELAT HORMUZ SEPANJANG 24 JAM LALU SELEPAS DAPAT KEBENARAN IRAN – LAPORAN

DUNIA

15 KAPAL LINTASI SELAT HORMUZ SEPANJANG 24 JAM LALU SELEPAS DAPAT KEBENARAN IRAN – LAPORAN

Sebanyak 15 kapal melintasi Selat Hormuz sepanjang 24 jam lalu selepas memperoleh kebenaran daripada Iran, lapor Anadolu Ajansi memetik media Iran.

Sumber: AFP

ISTANBUL: Sebanyak 15 kapal melintasi Selat Hormuz sepanjang 24 jam lalu selepas memperoleh kebenaran daripada Iran, lapor Anadolu Ajansi memetik media Iran.

Agensi berita Fars melaporkan kapal-kapal itu dibenarkan melalui laluan perairan strategik berkenaan selepas menerima kebenaran daripada pihak berkuasa Iran.

Agensi berita itu melaporkan jumlah kapal yang melalui selat berkenaan kekal 90 peratus lebih rendah berbanding sebelum Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan terhadap negara itu.

Rantau berkenaan berada dalam keadaan berjaga-jaga sejak AS dan Israel melancarkan serangan bersama terhadap Iran pada 28 Feb lepas, dan setakat ini mengorbankan lebih 1,340 orang termasuk Pemimpin Tertinggi Iran ketika itu Ayatollah Ali Khamenei.

Iran bertindak balas dengan melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel serta Jordan, Iraq dan negara-negara Teluk yang menjadi lokasi aset ketenteraan AS.

Iran juga menyekat pergerakan kapal melalui Selat Hormuz. — Bernama


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading