Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS CEKUP WARGA EMAS LIGAT SAMUN GUNA PISTOL MAINAN

DALAM NEGARA

POLIS CEKUP WARGA EMAS LIGAT SAMUN GUNA PISTOL MAINAN

Taktik seorang warga emas bersenjatakan pistol mainan untuk menyamun akhirnya gagal apabila lelaki berusia 66 tahun itu diberkas ketika melakukan perbuatan itu di sebuah kedai menjual telefon bimbit, di Jalan Onn Jaafar, di sini, semalam.

IPOH: Taktik seorang warga emas bersenjatakan pistol mainan untuk menyamun akhirnya gagal apabila lelaki berusia 66 tahun itu diberkas ketika melakukan perbuatan itu di sebuah kedai menjual telefon bimbit, di Jalan Onn Jaafar, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada kira-kira jam 4 petang.

“Sepasukan anggota dari balai polis Pekan Baru bergegas ke tempat kejadian dan menangkap lelaki warga tempatan itu dan antara barang kes dirampas ialah sebuah beg galas, sepucuk pistol mainan dan dua bilah pisau,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata tangkapan itu juga menyelesaikan dua lagi kes mengunakan modus operandi sama iaitu samun dengan bersenjata menyerupai pistol di sebuah kedai emas pada 25 Mac lalu dan kedai serbaneka di sini pada 5 April lalu.

Katanya, suspek memiliki beberapa rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dan narkotik manakala ujian saringan air kencing ke atasnya mendapati dia positif dadah jenis morfin.

Yahaya berkata ketiga-tiga kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan iaitu samun dengan bersenjata dan suspek direman selama tujuh hari sehingga Sabtu depan untuk siasatan lanjut.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading