POLIS KL TERIMA TIGA LAGI LAPORAN DERA DI PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK DI CHERAS
Polis menerima tiga lagi laporan daripada ibu bapa melibatkan kes dera di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Bandar Sri Permaisuri, Cheras setakat semalam.
KUALA LUMPUR: Polis menerima tiga lagi laporan daripada ibu bapa melibatkan kes dera di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Bandar Sri Permaisuri, Cheras setakat semalam.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata sebelum ini pihaknya menerima satu laporan polis yang dibuat oleh bapa kepada seorang kanak- kanak yang mendakwa anak perempuannya berusia dua tahun didera di pusat jagaan terbabit pada Isnin lepas.
“Susulan laporan pertama itu, ada ibu bapa yang terkesan dan tampil membuat laporan…setakat ini keseluruhan (laporan) melibatkan kes dera di pusat jagaan itu, kita menerima empat laporan membabitkan empat kanak-kanak.
Kecederaan melibatkan kanak-kanak itu masih dalam proses pemeriksaan dan kita menunggu laporan daripada pihak hospital,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Rawatan Kesihatan Perubatan Tradisional Cina di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Beliau berkata keterangan daripada ibu bapa terbabit sudah diambil termasuk seorang wanita yang ditahan pada Isnin lepas kerana disyaki mendera seorang kanak-kanak perempuan di pusat jagaan sama.
Allaudeen berkata siasatan hampir selesai dan kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat bagi tindakan selanjutnya.
Selasa lepas, tular dua klip video masing-masing berdurasi seminit 10 saat dan 56 saat melalui Facebook memaparkan seorang wanita mencederakan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun di sebuah pusat jagaan kanak-kanak.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin dilaporkan berkata seorang wanita berusia 28 tahun ditahan 24 jam selepas hadir di IPK Kuala Lumpur bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan telah dibebaskan dengan jaminan polis.
Terdahulu, Allaudeen berkata seramai 315 anggota polis terlibat dalam program Rawatan Kesihatan Perubatan Tradisional Cina yang pertama kali diadakan di IPK Kuala Lumpur.
“Matlamat utama program ini adalah bagi memperkenalkan kaedah rawatan alternatif kepada warga polis Kuala Lumpur dan dapat mengesan awal penyakit yang dihadapi mereka selain pemeriksaan berkala di hospital.
“Ini bagi menjaga kebajikan dan kesihatan pegawai dan anggota kontinjen Kuala Lumpur,” katanya.
— AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked