Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS SIASAT KES RESTORAN PAPAR GAMBAR PEMIMPIN KOMUNIS

DALAM NEGARA

POLIS SIASAT KES RESTORAN PAPAR GAMBAR PEMIMPIN KOMUNIS

GEORGETOWN: Polis Pulau Pinang melakukan serbuan serta rampasan pelbagai gambar dan cawan yang mempamerkan karikatur wajah pemimpin komunis di dua premis restoran.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Senior Asisten Komisioner, Rahimi Ra’ais, siasatan awal dilakukan mendapati restoran di Juru dan Pulau Tikus ini kepunyaan pemilik seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun.

Tindakan yang dilakukan oleh pemilik restoran ini menghiasi gambar pemimpin era revolusi kebudayaan China serta wajah pemimpin Komunis, Mao Tze Ting pada dinding premisnya.

“Kita akan ambil keterangan daripada pengusaha premis tersebut yang kini sedang menjalani kuarantin COVID-19.

“Kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, restoran ini tular di laman sosial serta mendapat kecaman orang ramai kerana menggunakan karya lukisan semasa era revolusi kebudayaan China untuk hiasan restoran.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading