Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

IKUT JALAN YANG DIREDHAI ALLAH, NASIHAT ZULKIFLI KEPADA PENDAKWAH HASIL PROGRAM REALITI

DALAM NEGARA

IKUT JALAN YANG DIREDHAI ALLAH, NASIHAT ZULKIFLI KEPADA PENDAKWAH HASIL PROGRAM REALITI

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerima kunjungan pendakwah hasil rancangan realiti Imam Muda, Pencetus Ummah dan Dai’ Milenia, hari ini.

Menurut hantaran yang dimuat naik dalam akaun Facebook Dr Zulkifli, pertemuan itu diadakan sebagai platform memberi nasihat serta berpesan kepada mereka untuk tetap di atas jalan yang diredhai Allah.

“Dunia dakwah hakikatnya tidak sekadar apa yang dizahirkan di Instagram, Facebook, Twitter hatta TikTok.

“Realiti di luar sana jauh lebih berat dengan 1001 cabaran yang menanti,” katanya.

Tambah Dr Zulkifli, populariti dan kemasyhuran serta pujian yang diperoleh hanya nikmat yang sementara, dan perkara itu amat ditakuti para salafussoleh.

Dalam masa yang sama, ucapan tahniah dizahirkan buat barisan pendakwah yang sedang menyambung pengajian peringkat Sarjana dan PhD atau yang sudah memiliknya.

“Itu adalah sejuzuk tanda komitmen anda kepada ilmu.

“Sibukkan diri kita dengan melengkapkan diri dengan ilmu dan amal kerana anda telah mewaqafkan diri anda untuk ummah,” ujar beliau.

Dalam pertemuan tersebut, turut dihadiri IM Asyraf, IM Hizbur, IM Hassan, IM Fakhrul, PU Riz, PU Salman, PU Hafiz, PU Rahmat, PU Amin, PU Akram, PU Syed, Dai Fuad, Dai Aiman, Dai Hazman, Dai Afiqah dan Dai Wan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading