Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WARGA EMAS MAUT LANGGAR JALAN BERLUBANG

DALAM NEGARA

WARGA EMAS MAUT LANGGAR JALAN BERLUBANG

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal yang ditungganginya melanggar jalan berlubang di Jalan Tengah menghala ke Jalan Syed Putra, hari ini.

Kejadian berlaku dalam 7.30 pagi itu menyebabkan mangsa, Ho Yan Fee, 75, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, siasatan awal mendapati mangsa dari arah Jalan Connaught menghala ke pusat beli-belah Midvalley terbabas sendiri.

“Mangsa melanggar jalan berlubang tersebut lalu terjatuh dan meninggal dunia,” katanya.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk bedah siasat.

Kes ini juga disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading