POLIS TAHAN LELAKI PUKUL KEPALA, KELUARKAN KATA KESAT KEPADA PEMANDU WANITA

KUALA LUMPUR: Lelaki tular videonya memukul kepala seorang pemandu wanita semasa dalam perjalanan dari Cameron Highlands menuju ke Tapah Perak, petang semalam, ditahan polis hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN – CUBAAN MEMOTONG JADI PUNCA LELAKI MARAH, PUKUL PEMANDU WANITA – POLIS

Memetik laporan media tempatan, lelaki tersebut telah ditahan petang tadi dan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah bagi tindakan lanjut.

Difahamkan Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian dalam masa terdekat.

@beritaalhijrah114

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan jemaah haji untuk tumpukan perhatian sepenuhnya dalam melakukan ibadah di Tanah Suci. #beritaalhijrah #beritatiktok #beritaditiktok #haji #jemaah #jemaahhaji #agong #agongkita #yangdipertuanagong #alsultanabdullah

♬ original sound – Berita AlHijrah – Berita AlHijrah

Terdahulu tular video memaparkan seorang lelaki berbaju merah keluar daripada kereta Proton Persona dipandunya dan mengetuk cermin kenderaan di belakangnya sebelum memarahi pemandu wanita serta memukul kepala mangsa.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang melibatkan pemandu wanita berusia 24 tahun berkenaan dilemparkan kata-kata kesat oleh lelaki itu sebelum kepalanya dipukul.—AlHijrah Online

One comment

Leave a Reply