Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS TAHAN PEMANDU TRELER TERBABIT KES LANGGAR LARI KORBAN DUA WANITA

DALAM NEGARA

POLIS TAHAN PEMANDU TRELER TERBABIT KES LANGGAR LARI KORBAN DUA WANITA

Polis menahan seorang pemandu treler yang dipercayai terbabit dalam kejadian langgar lari hingga mengorbankan dua wanita di Kilometer 121 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur arah utara berhampiran Kampung Kelawar, Tanjong Malim, pada 29 Mac lepas.

IPOH: Polis menahan seorang pemandu treler yang dipercayai terbabit dalam kejadian langgar lari hingga mengorbankan dua wanita di Kilometer 121 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur arah utara berhampiran Kampung Kelawar, Tanjong Malim, pada 29 Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Muallim Supt Mohd Hasni Mohd Nasir berkata tangkapan terhadap lelaki berusia 30 tahun itu dilakukan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Melaka pada 11.57 malam semalam.

Beliau berkata berdasarkan soal siasat, suspek mengaku menyebabkan kemalangan tersebut ketika dia sedang membuat pusingan ‘U’ di lokasi kejadian.

“Akibat kemalangan itu, lelaki tersebut telah menghantar notis berhenti kerja 24 jam kepada majikannya pada 30 Mac iaitu sehari selepas kejadian

“Pihak kami juga merampas sebuah treler ‘bulk tanker’ jenis Volvo di Kerling, Selangor dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan bengkok dan cat tertanggal pada penghadang besi di sebelah kanan tengah kenderaan itu,” katanya.

Menurutnya suspek direman hingga Isnin ini bagi membantu siasatan dan hasil ujian saringan air kencing terhadapnya didapati negatif.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading