Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGAWAL KESELAMATAN CABUL GADIS OKU

DALAM NEGARA

PENGAWAL KESELAMATAN CABUL GADIS OKU

Seorang remaja perempuan berstatus orang kurang upaya (OKU) dipercayai dicabul seorang pengawal keselamatan sebuah pangsapuri yang terletak di kawasan Nilai, petang semalam.

NILAI: Seorang remaja perempuan berstatus orang kurang upaya (OKU) dipercayai dicabul seorang pengawal keselamatan sebuah pangsapuri yang terletak di kawasan Nilai, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata, mangsa berusia 14 tahun itu mendakwa telah dicabul ketika diiringi suspek dari lif ke kediaman yang didiami bersama saudaranya .

“Balai Polis Nilai menerima satu aduan daripada seorang remaja perempuan yang mendakwa dicabul seorang pengawal keselamatan sebuah pangsapuri yang terletak di Nilai pada jam 6.23 petang semalam.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku jam 4 petang, mangsa ketika itu sedang berbual dengan rakan mangsa di hadapan lif, didatangi seorang lelaki iaitu pengawal keselamatan di pangsapuri itu.

“Pengawal keselamatan berkenaan menyuruh rakan mangsa pulang ke rumah sebelum lelaki terbabit dikatakan menghantar mangsa pulang ke rumahnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, semasa mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah, beberapa bahagian tubuh badan mangsa telah dipegang suspek selain meminta mangsa untuk mencium pipinya.

“Mangsa yang ketakutan kemudiannya berlari pulang ke rumah. Mangsa bersama keluarga datang ke Balai Polis Nilai untuk membuat laporan polis,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Orang ramai mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Nilai Inspektor Ahmad Kamil Rusli bagi membantu siasatan.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading