PEMBANTU RUMAH PERMAISURI SELANGOR LAFAZ SYAHADAH

SHAH ALAM: Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat menyaksikan majlis ringkas pendaftaran pengislaman pembantu rumah baginda yang berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini semalam.
Menerusi kenyataan di Facebook Selangor Royal Office, Tengku Permaisuri Norashikin menemani pembantu rumah baginda, Mariam Abdullah untuk melafazkan kalimah syahadah yang dipimpin Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir.
Majlis lafaz syahadah itu turut disaksikan Imam Besar Masjid Negeri, Muhammad Farhan Wijaya.
“Majlis berlangsung selepas solat Jumaat dan turut disaksikan jemaah yang hadir,” katanya hari ini.—AlHijrah Online