Connect with us

ALHIJRAH NEWS

BAYAR PTPTN MINIMUM RM50 SEBULAN BAGI INDIVIDU BERPENDAPATAN RM2,501 HINGGA RM3,000 

DALAM NEGARA

BAYAR PTPTN MINIMUM RM50 SEBULAN BAGI INDIVIDU BERPENDAPATAN RM2,501 HINGGA RM3,000 

Graduan bergaji RM2,501 hingga RM3,000 sebulan hanya perlu membayar balik PTPTN minimum RM50 sebulan manakala mereka yang berpendapatan bawah RM2,500 belum perlu memulakan bayaran.

KUALA LUMPUR: Graduan berpendapatan antara RM2,501 hingga RM3,000 sebulan hanya perlu membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada kadar minimum RM50 sebulan menerusi kelonggaran yang diperkenalkan dalam Belanjawan 2027.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abdul Halim berkata, inisiatif itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 400,000 peminjam, sekali gus membantu mengurangkan beban kewangan graduan yang baru memasuki alam pekerjaan.

Menurutnya, graduan yang berpendapatan di bawah RM2,500 sebulan pula tidak perlu memulakan bayaran balik sehingga mencapai ambang pendapatan yang ditetapkan.

“Keresahan ini boleh ditangani dengan cara ini, yang paling berkesan buat masa sekarang.

“Ini adalah antara perkara yang sudah bertahun-tahun sebenarnya dibincangkan, diwacanakan dan sekarang kita boleh, insya-Allah laksanakan menerusi Belanjawan 2027,” katanya dalam temu bual dengan sebuah stesen radio tempatan baru-baru ini. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading