Connect with us

ALHIJRAH NEWS

LELAKI MAUT TERTIMBUS TANAH DI PASIR GUDANG

DALAM NEGARA

LELAKI MAUT TERTIMBUS TANAH DI PASIR GUDANG

Mangsa lelaki berusia 48 tahun berjaya dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan pada 12.33 tengah hari.

PASIR GUDANG: Seorang lelaki maut selepas dipercayai tertimbus ketika menggali tanah berhampiran tangki air Taman Kedidi, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor dalam kenyataan hari ini memaklumkan menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian menimpa lelaki berusia 48 tahun itu pada 10 pagi.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) menggunakan peralatan khas, cangkul dan skop bagi memudahkan penggalian tanah.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan pada 12.33 tengah hari,” menurut kenyataan itu.

PGO memaklumkan mayat diserahkan kepada polis dan operasi tamat pada 12.53 tengah hari.

Operasi SAR melibatkan 17 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang dan Johor Jaya turut ditangguhkan untuk sementara waktu atas faktor keselamatan kerana hujan.

Sementara itu, Biro Kebajikan Parlimen Pasir Gudang dalam hantaran Facebook mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang dikenali sebagai Jamaluddin Wahab dari Taman Cahaya Masai. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading