Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WANITA ATAS JAMBATAN PUTRAJAYA TIADA NIAT BUNUH DIRI

DALAM NEGARA

WANITA ATAS JAMBATAN PUTRAJAYA TIADA NIAT BUNUH DIRI

Keberadaan seorang wanita di atas Jambatan Wawasan Presint 2 di sini semalam (14 April) bukan berniat untuk membunuh diri sebaliknya untuk menenangkan perasaan, kata Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A. Asmadi Abdul Aziz.

PUTRAJAYA: Keberadaan seorang wanita di atas Jambatan Wawasan Presint 2 di sini semalam (14 April) bukan berniat untuk membunuh diri sebaliknya untuk menenangkan perasaan, kata Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A. Asmadi Abdul Aziz.

Beliau berkata siasatan polis mendapati wanita yang berumur 30-an itu tertekan kerana keputusan mahkamah ke atas satu tuntutan sivil tidak berpihak kepadanya dan beliau dikehendaki membayar sejumlah wang atas keputusan tersebut.

Katanya, wanita tersebut telah pergi ke jambatan berkenaan lebih kurang 11 pagi semalam dan orang awam yang melalui jambatan tersebut melihat mangsa dalam keadaan menangis dan berjaya memujuknya.

“Pihak polis mendapat makluman daripada panggilan MERS 999 dan telah membawa wanita tersebut ke Balai Polis Presint 7 untuk siasatan lanjut.

“Pihak keluarga mangsa telah dipanggil untuk membantu siasatan dan kemudian dirujuk ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu, beliau berkata orang awam dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian itu dan menghubungi pihak berwajib sekiranya mempunyai sebarang masalah serta tidak mengambil tindakan secara melulu.

Terdahulu, tular sebuah video TikTok yang menunjukkan wanita tersebut sedang menangis dan berada dalam keadaan mencurigakan di atas jambatan namun ketika ini, video tersebut telah dipadamkan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading