Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS TAHAN PENCERAMAH BEBAS DISYAKI ROGOL REMAJA

DALAM NEGARA

POLIS TAHAN PENCERAMAH BEBAS DISYAKI ROGOL REMAJA

Polis menahan seorang penceramah bebas di Kuala Selangor petang semalam kerana disyaki terlibat kes rogol seorang remaja perempuan. 

Gambar hiasan.

SHAH ALAM: Polis menahan seorang penceramah bebas di Kuala Selangor petang semalam kerana disyaki terlibat kes rogol seorang remaja perempuan. 

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S.Sasikala Devi berkata pada 16 Julai lepas polis menerima laporan yang dibuat seorang remaja berusia 14 tahun itu yang mendakwa telah dirogol.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati pengadu berkenalan dengan suspek yang berumur dalam lingkungan 30an itu sejak Mei tahun lepas.

“Bermula dari perkenalan itu pengadu dan suspek telah beberapa kali melakukan hubungan intim di beberapa lokasi berbeza,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya bertindak hasil maklumat, polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor telah menahan suspek kira-kira pukul 4.50 petang semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor. 

Sasikala Devi berkata suspek kini direman lima hari bermula hari ini.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading