PROGRAM MOTIVASI RUMAH TANGGA: PASANGAN SUAMI ISTERI DIDAKWA LANGGAR AKTA KAUNSELOR 1998
Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini atas pertuduhan melanggar Akta Kaunselor 1998 berkaitan penganjuran sebuah program motivasi rumah tangga di Shah Alam, tahun lepas.
SHAH ALAM: Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melanggar Akta Kaunselor 1998 berkaitan penganjuran sebuah program motivasi rumah tangga di Shah Alam, tahun lepas.
Shazifh Osman, 38, dan Munira Hishamshah, 37, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin serta Majistret Cynthia Noor Haizean Sulaiman.
Berdasarkan pertuduhan, pasangan suami isteri itu yang juga doktor klinik kecantikan didakwa telah menjalankan suatu kesalahan di bawah amalan sebagai kaunselor yang berdaftar di sebuah pusat konvensyen di Seksyen 15 di sini antara 27 hingga 30 Sept tahun lepas.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 22(1)(a) Akta Kaunselor 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM30,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin menawarkan jaminan masing-masing sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin, pasport diserah kepada mahkamah dan perlu melapor diri sebulan sekali di balai polis berhampiran.
Peguam Alhirzan Mahamad Akhir, yang mewakili pasangan itu, memohon jumlah jaminan yang rendah atas alasan anak guamnya hanya mampu menyediakan RM3,000 kerana perniagaan klinik mereka merudum dan Munira menanggung ibunya yang menghidap kanser payudara.
Mahkamah menetapkan jaminan masing-masing sebanyak RM7,000 terhadap Shazifh dan RM5,000 terhadap Munira dengan seorang penjamin selain menyerahkan pasport untuk simpanan mahkamah.
Sebutan kes bagi kedua-dua tertuduh ditetapkan pada 24 Nov ini.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests