Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PUSAT TAREKAT AL-NAQSYABANDIAH AL-KHALIDIYYAH DI SEREMBAN DITUTUP ENAM BULAN

DALAM NEGARA

PUSAT TAREKAT AL-NAQSYABANDIAH AL-KHALIDIYYAH DI SEREMBAN DITUTUP ENAM BULAN

Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, penutupan pusat itu bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan sebelum Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan membuat keputusan membatalkan pendaftaran terekat tersebut atau sebaliknya.

Sumber gambar: Jabatan Mufti Negeri Sembilan

SEREMBAN: Pusat pengamalan Tarekat al-Naqsyabandiah al-Khalidiyyah di Labu di sini ditutup enam bulan berkuat kuasa semalam berikutan aduan terdapat perbuatan atau perkara yang bercanggah dengan hukum syarak di pusat berkenaan.

Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata penutupan pusat itu bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan sebelum Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan membuat keputusan membatalkan pendaftaran terekat tersebut atau sebaliknya.

“Apa yang berlaku ini dilihat adalah kesalahan yang dilakukan oleh individu yang memimpin tarekat tersebut, sama ada pengamal atau amalannya mengikut hukum syarak dan disiplin ilmu tarekat serta tasawuf atau tidak.

“Sebagaimana yang diketahui, Tarekat al-Naqsyabandiah al-Khalidiyyah merupakan satu daripada tarekat yang muktabar (terkenal) di dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata penutupan itu juga merupakan tindakan proaktif Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan bagi menyekat kesalahan dalam tarekat dan pelanggaran apa-apa syarat yang ditetapkan.

Mohd Yusof berkata dengan adanya Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005, tarekat yang beramal di Negeri Sembilan dapat dikawal dan dipantau selain tindakan undang-undang boleh dikenakan sekiranya ada kesalahan dilakukan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading