PELAJAR OKU PENGLIHATAN TERUJA DAPAT ‘TONTON’ FILEM MAT KILAU
Pelajar kategori B1 (Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan sepenuhnya) itu turut mendapat bantuan dari segi penceritaan daripada rakannya yang merupakan pelajar B2 (OKU rabun teruk) untuk lebih memahami dan berimaginasi semasa menonton filem berkenaan.
Pelajar OKU Penglihatan Aaron Nicholas (kiri), 14 membantu menerangkan perjalanan filem Mat Kilau kepada rakannya Ridzuan Abdullah (kanan), 13 ketika tayangan filem tersebut. — fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Meskipun tidak dapat melihat seperti orang lain namun perkara itu bukan penghalang bagi 108 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan) Setapak untuk ‘menonton’ filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.
Nik Muhammad Ahmad Fuji, 17, meluahkan rasa terujanya apabila pertama kali merasai pengalaman menonton di pawagam apatah lagi filem pecah panggung itu, menerusi usaha Yayasan Maghfirah.
“Saya sangat teruja kerana ini pengalaman pertama saya menonton wayang dan ini juga kali pertama saya rasa (suasana menonton) filem (di pawagam), yang saya rasa Wow!“ katanya kepada pemberita di Wangsa Walk Mall di sini.
Pelajar kategori B1 (Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan sepenuhnya) itu turut mendapat bantuan dari segi penceritaan daripada rakannya yang merupakan pelajar B2 (OKU rabun teruk) untuk lebih memahami dan berimaginasi semasa menonton filem berkenaan.
“Kalau sesetengah babak contohnya ketika berlawan-lawan tu, kawan sebelah yang ceritakan kepada kita. Kalau adegan yang dia cakap-cakap itu, kita memang tak nampak tapi kita faham berdasarkan fahaman kita sendiri,” katanya.
Berkongsi perasaan sama, Shauki Ahmad Ariffin, 14, berkata filem bertemakan sejarah itu sangat dekat di hatinya kerana ia menitikberatkan nilai patriotisme yang tinggi selain ditayangkan hampir dengan sambutan Bulan Kebangsaan.
Pengetua sekolah itu Zaidah Mahadi turut melahirkan rasa syukur kerana diberi peluang membawa pelajar terbabit yang terdiri daripada 40 OKU cacat penglihatan sepenuhnya dan 68 orang daripada kategori tidak nampak untuk mengikuti serta menonton filem berkenaan.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Khas Muhammad Suhaimi Mohd Isa (empat, kiri) bersama Ketua Pegawai Operasi Yayasan Maghfirah Muhammad Shuib Norudin (dua, kiri), Pengurus Pemasaran Studio Kembara Ismail Mat Dali (empat, kanan) dan Pelakon Filem Mat Kilau Ali Karimi (tiga, kiri) yang memegang watak Brahim bergambar bersama pelajar OKU Penglihatan selepas tayangan filem Mat Kilau. –fotoBERNAMA
Ketua Pegawai Operasi Yayasan Maghfirah Shuib Norudin pula berkata tujuan pihaknya membawa pelajar terbabit menonton filem ‘pecah panggung’ itu ialah untuk menyuntik nilai patriotisme dalam diri mereka selaras dengan Bulan Kebangsaan ini.
“Kita mahu mereka mengambil semangat perjuangan Mat Kilau untuk disematkan dalam diri mereka bagi meneruskan kehidupan di masa hadapan,” katanya.
Beliau berharap inisiatif yang dijalankan oleh pihaknya dapat memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa golongan OKU juga adalah sama seperti orang lain. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager