Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

QATAR AKAN TERUSKAN USAHA UNTUK SAMBUNG SEMULA JEDA KEMANUSIAAN DI GAZA: PM

DUNIA

DOHA: Qatar pada Ahad berkata pihaknya akan meneruskan usaha bersama negara-negara lain untuk menyambung semula jeda kemanusiaan di Semenanjung Gaza dengan matlamat mencapai gencatan senjata berkekalan.

Rakyat Palestin membantu mangsa yang cedera akibat serangan Israel. – AFP

DOHA: Qatar pada Ahad berkata pihaknya akan meneruskan usaha bersama negara-negara lain untuk menyambung semula jeda kemanusiaan di Semenanjung Gaza dengan matlamat mencapai gencatan senjata berkekalan.

“Qatar berusaha gigih dalam proses rundingan untuk menghentikan perang balas dendam ini,” kata Perdana Menteri yang juga Menteri Luar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al-Thani dalam ucapan pada mesyuarat ke-158 Majlis Persediaan Peringkat Menteri bagi sesi ke-44 Majlis Tertinggi Kerjasama Teluk (GCC) yang berlangsung di Doha, menurut Kementerian Luar Qatar.

Al-Thani mengulangi “kecaman Qatar terhadap jenayah yang dilakukan pendudukan Israel dan gesaannya supaya siasatan antarabangsa dijalankan segera secara komprehensif dan tidak berat sebelah terhadap jenayah itu terutama serangan yang menyasarkan orang awam, bantuan dan kemudahan kemanusiaan,” lapor Agensi Anadolu yang memetik kementerian itu.

Beliau berkata “mesyuarat bersidang dan sejak beberapa hari lepas anggota majlis menyaksikan dengan rasa kesal terhadap pencerobohan biadab dan jenayah kejam yang dilakukan oleh pendudukan Israel terhadap saudara Palestin di Semenanjung Gaza.”

Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.

Sekurang-kurangnya 509 rakyat Palestin terbunuh dan 1,316 cedera sejak Jumaat lepas dalam serangan udara Israel, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Pada Ahad, Kementerian Kesihatan di kawasan Palestin yang dikepung berkata angka kematian akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 15,523 sejak bermulanya konflik pada 7 Okt.

Jumlah yang cedera dalam tempoh yang sama telah meningkat kepada 41,316 orang.

Jumlah yang cedera dalam tempoh yang sama telah meningkat kepada 41,316 orang. — AlHijrah Online

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading