Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TENTERA ISRAEL TEMBAK DUA AMBULANS DI SEMENANJUNG GAZA

DUNIA

TENTERA ISRAEL TEMBAK DUA AMBULANS DI SEMENANJUNG GAZA

ISTANBUL: Tentera Israel menembak dua ambulans di Semenanjung Gaza yang dikepung pada lewat Ahad menyebabkan tiga orang cedera.

Gambar Hiasan.

ISTANBUL: Tentera Israel menembak dua ambulans di Semenanjung Gaza yang dikepung pada lewat Ahad menyebabkan tiga orang cedera.

Bulan Sabit Merah Palestin dalam satu kenyataan berkata kejadian itu berlaku di kawasan Faluja di utara Gaza, dengan dua paramedik persatuan itu dan seorang lagi cedera, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan itu.

Selain itu, tentera Israel mengebom rumah satu keluarga warga Jordan di Semenanjung Gaza pada hari yang sama.

Kementerian Luar Jordan mengesahkan seorang rakyatnya maut manakala seorang lagi cedera parah dan dihantar ke Hospital Al-Ahli Baptist di Gaza.

Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza pada awal Jumaat, sejurus selepas tamat jeda kemanusiaan selama seminggu,

Sejak itu, Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan sekurang-kurangnya 509 rakyat Palestin terbunuh dan 1,316 lagi cedera dalam serangan udara Israel. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading