Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AHMAD ZAHID SANGGAH SPEKULASI HIDAP KANSER, LETAK JAWATAN PRESIDEN UMNO

DALAM NEGARA

AHMAD ZAHID SANGGAH SPEKULASI HIDAP KANSER, LETAK JAWATAN PRESIDEN UMNO

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menolak spekulasi bahawa beliau menghidap kanser dan akan meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Perjumpaan Bersama Penjawat Awam Daerah Temerloh di Dewan Tun Razak hari ini. — Bernama

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menolak spekulasi bahawa beliau menghidap kanser dan akan meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO.

Ahmad Zahid ketika ditemui pemberita selepas merasmikan peluncuran Transformasi Politeknik 2023-2030 di sini hari ini berkata beliau menjalani pembedahan prostat baru-baru ini dan telah kembali sihat.

Ketika diminta mengulas spekulasi beliau menghidap kanser dan akan meletakkan jawatan, Ahmad Zahid berkata : “Saya sendiri pun tidak tahu akan melakukan perkara itu (letak jawatan) dan saya memang ada menjalani pembedahan prostat.

“Janganlah buat spekulasi yang macam-macam. Alhamdulillah saya sihat,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan khabar angin yang mengatakan Ahmad Zahid akan melepaskan jawatan sebagai Presiden UMNO kepada bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kerana masalah kesihatan.

Ahmad Zahid kembali bertugas pada Jumaat lepas (1 Dis) serta menghadiri mesyuarat mingguan Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas tempoh berehat setelah menjalani pembedahan baru-baru ini.

Pada 19 Nov lepas, anak sulung Timbalan Perdana Menteri Datuk Nurulhidayah menerusi hantaran di Instagram, mengesahkan bapanya dalam keadaan sihat selepas menjalani prosedur pembedahan yang diadakan pada 14 Dis. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading