FAHMI BERI BAYANGAN ADA KHABAR GEMBIRA UNTUK PENJAWAT AWAM TAHUN HADAPAN
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil memberi bayangan kemungkinan ada khabar gembira bagi penjawat awam pada tahun hadapan termasuk soal gaji.
Menteri Komunikasi Dan Digital Fahmi Fadzil ketika sidang media pada Forum ‘Public Service Delivery System-Making It More Efficient and Effective’ di Dewan Seri Baiduri Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Bukit Kiara hari ini. — Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil memberi bayangan kemungkinan ada khabar gembira bagi penjawat awam pada tahun hadapan termasuk soal gaji.
Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata khabar gembira itu turut melibatkan golongan pesara, akan diumum Perdana Menteri atau Ketua Setiausaha Negara.
“Bagi mereka yang masih berkhidmat, pertama kita telah luluskan kertas putih Dasar Gaji Progresif bagi pekerja di sektor swasta, jadi bermula 2024 pelaksanaannya kita harap akan dapat memberi peningkatan pendapatan bagi pekerja sektor swasta.
“Pada masa sama bagi sektor awam, Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah sebut sebelum ini kita ada mengkaji semula (skim gaji) dan menjelang 2024, insya-Allah gaji bagi penjawat awam akan naik,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada forum Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam: Menjadikannya Lebih Cekap dan Berkesan anjuran Persatuan Alumni Pegawai Tadbir Diplomatik (Alumni PTD) di lnstitut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di sini hari ini.
Terdahulu dalam ucapannya, Fahmi berkata beliau difahamkan Jemaah Menteri telah mencapai beberapa keputusan yang membabitkan penjawat awam dan golongan pesara.
“…jadi akan ada berita baik pada 2024,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) masih menjalankan proses libat urus bagi meneliti keperluan meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk melindungi golongan wanita dan kanak-kanak daripada terdedah serangan seksual di dunia maya.
“Kita belum bersedia bawa pindaan itu ke Parlimen kerana kita nak pastikan proses libat urus itu merangkumi dan mengumpul maklum balas daripada pelbagai pihak,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata kerajaan akan memastikan aspek keselamatan dan kesihatan awam sentiasa dititikberatkan pada penganjuran Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang akan berlangsung hujung minggu ini.
Beliau berkata bagi tujuan itu, pihaknya akan berpegang kepada arahan dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan terutama berhubung kes COVID-19 yang dilaporkan meningkat sejak kebelakangan ini.
“Waktu ini keadaan masih terkawal, tapi penting saya nyatakan sebenarnya bagi program 8 hingga 10 Dis ini lebih bersifat pameran untuk rakyat datang dapatkan perkhidmatan dan mengetahui kejayaan yang telah diusahakan Kerajaan Perpaduan,” katanya.
Sebanyak 102 perkhidmatan kerajaan dibawa secara langsung kepada rakyat di bawah satu bumbung sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang akan berlangsung di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil pada 8 hingga 10 Dis ini.
Ia diadakan bertujuan menyampai dan menyebarkan dasar-dasar kerajaan, dengan jangkaan lebih 200,000 pengunjung dijangka hadir sepanjang tiga hari program berlangsung. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager