KUALA LUMPUR: Stesen televisyen Islam utama negara, TV AlHijrah telah menyediakan pelbagai program yang menarik, bersempena sambutan Maulidur Rasul untuk tahun ini.
Terdapat enam program istimewa yang diterbitkan bagi memberi ruang penonton untuk mengingati dan mempelajari mengenai sifat-sifat mulia baginda Nabi Muhammad SAW.
E-Kaunter Netizen bersama Syamsul Debat
Salah satu daripada program yang diterbitkan sempena sambutan Maulidur Rasul 1442H ialah program bual bicara, E-Kaunter Netizen bersama Syamsul Debat yang akan ditayangkan pada Ahad, 25 Oktober jam 7.30 malam.
Membawa tajuk Selamat Ulang Tahun Rasulullah, E-Kaunter Netizen bersama Syamsul Debat akan membincangkan mengenai peranan sebagai umat Nabi Muhammad SAW serta memahami isi kandungan dalam selawat dan amalan sunnah Rasulullah di dunia.
Sentuhan Kalbu Bersama Habib Ali
Program kedua yang diterbitkan sempena Maulidur Rasul tahun ini ialah Sentuhan Kalbu bersama Habib Ali Zaenal Abidin yang akan bersiaran pada Isnin, 26 Oktober, jam 7.30 malam.
Rancangan yang dihoskan pendakwah terkenal itu akan membicarakan mengenai kepentingan umat Nabi Muhammad SAW untuk mengingati dan mempelajari sirah-sirah Baginda.
Hijrah Berselawat
Hijrah Berselawat antara program utama yang diterbitkan sempena sambutan kelahiran Nabi Muhammad SAW tahun ini.
Bersiaran pada Rabu, 28 Oktober, jam 9 malam program ini akan menampilkan barisan artis dan kumpulan qasidah mengalunkan selawat dan zikir ke atas junjungan baginda Rasulullah.
Program hiburan Islamik ini akan turut diselitkan dengan tawsiyah yang akan disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.
Dokumentari Jambatan Tim Sarok
Dokumentari Jambatan Tim Sarok merupakan sebuah program yang akan membawa penonton menelusuri kehidupan masyarakat orang asli.
Penonton juga akan berpeluang melihat usaha dan gerak kerja badan bukan kerajaan (NGO) yang menjaga kebajikan fizikal, pendidikan dan spiritual orang asal.
Program ini akan ditayangkan pada 28 Oktober, Rabu, pada 10.30 malam.
Bioskop Hijrah: Latitude 6
Sempena sambutan Maulidur Rasul, slot filem Bioskop Hijrah akan membawakan filem Thai Islamik, Latitude 6.
Filem ini mengisahkan mengenai seorang lelaki bukan Islam yang mula jatuh cinta dengan seorang guru beragama Islam.
Latitude 6 akan disiarkan pada hari Sabtu, 31 Oktober, jam 9.00 malam.
My Qurantime Special
Turut membarisi senarai program istimewa TV AlHijrah sempena Maulidur Rasul ialah rancangan yang disukai ramai, My #Qurantime.
Diterbitkan secara ‘istimewa’, My #Qurantime Special akan disiarkan pada 29 Oktober, Khamis, jam 12 tengah hari.
Selain itu program bual bicara Assalamualaikum khas bersempena Maulidur Rasul akan turut bersiaran pada Khamis, 29 Oktober, 7.30 pagi.
Semoga dengan program-program yang dibawa oleh TV AlHijrah dapat memberi ibrah serta pengajaran buat para penonton yang setia TV AlHijrah.
Selamat menonton TV AlHijrah! — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked