RAJA PERMAISURI AGONG BERKENAN BERANGKAT KE WORLD #QURANHOUR 2023
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan berangkat menyertai program World #QuranHour 2023 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (kanan) berkenan membaca Al-Quran pada Majlis World #QuranHour di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini. Turut kelihatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar (kiri). –fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan berangkat menyertai program World #QuranHour 2023 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Tunku Azizah tiba di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM pada 11.45 pagi bagi sama-sama mengikuti program yang membawa tema “Memanusiakan Ummah” melalui agenda Humanising the Home, Humanising the Workplace, Humanising the Nation serta Humanising the World.
World #QuranHour kali ke-8 ini diadakan secara fizikal setelah tiga tahun ia hanya disiarkan secara dalam talian serta stesen televisyen berikutan pandemik COVID-19.
Edisi tahun ini mengangkat Surah Al-Insan iaitu surah ke-76 sebagai surah utama dan ia diadakan serentak di seluruh dunia pada hari ini bersamaan 22 Ramadan 1444 Hijrah bermula 12 tengah hari hingga 1 tengah hari.
Menurut Penganjur Warisan Ummah Ikhlas Foundation, Surah Al-Insan dipilih bagi menanamkan nilai-nilai memanusiawikan ummah dengan 11 karakter insan Al-Abrar iaitu orang berkebajikan yang terkandung dalam surah tersebut.
Program World #QuranHour itu dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Syeikh Hasan Abdul Ghani Abu Sittah dan bacaan Surah Al-Baqarah oleh Ustaz Abdul Khair Jalil.
Ia diikuti bacaan Surah Al-Insan secara bergilir oleh Ustaz Tarmizi Abdul Rahman, Ustaz Ahmad Termizi Ali, Ustaz Amirahman Abas, Muhammad Harith Hakimi Mohd Rostan, Ustaz Husaini Mahmur dan Syeikh Rami As-Sousi dari Palestin.
Sementara itu, sesi tadabbur pula disampaikan oleh Ketua Pegawai Penyelidikan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas Fazrul Ismail, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud dan Jurulatih Utama Tadabbur Centre Ustaz Syaari Ab Rahman selepas setiap lima ayat daripada surah itu dibacakan.
Raja Permaisuri Agong kemudian bersama-sama hadirin World #QuranHour melafazkan ikrar untuk menjadikan al-Quran sebagai panduan dalam membentuk kerangka pemikiran dan sistem operasi diri berpandukan 11 karakter Al-Abrar dalam Surah Al-Insan yang diketuai Penceramah Bebas Amin Idris.
Tunku Azizah sempat bertemu dan beramah mesra bersama kira-kira 3,000 orang yang hadir termasuk mahasiswa UIAM sebelum berangkat meninggalkan majlis.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests