RAKYAT MALAYSIA DILAPOR SELAMAT SELEPAS GEMPA BUMI 6.1 SKALA RICHTER LANDA TURKIYE
Semua rakyat Malaysia berdaftar dengan Perwakilan Diplomatik Malaysia di Turkiye termasuk mereka yang berada di bandar berdekatan seperti Izmir dan Manisa, disahkan selamat selepas gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter melanda Alakir-Sindirgi, wilayah Balikesir pada 7.53 malam waktu tempatan Ahad.
KUALA LUMPUR: Semua rakyat Malaysia berdaftar dengan Perwakilan Diplomatik Malaysia di Turkiye termasuk mereka yang berada di bandar berdekatan seperti Izmir dan Manisa, disahkan selamat selepas gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter melanda Alakir-Sindirgi, wilayah Balikesir pada 7.53 malam waktu tempatan Ahad.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan Kedutaan Besar Malaysia di Ankara dan Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul terus berhubung rapat dengan komuniti Malaysia di kawasan terjejas bagi memastikan keselamatan dan kebajikan mereka.
“Kementerian Luar, melalui Kedutaan Besar Malaysia di Ankara dan Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul sedang memantau rapat perkembangan susulan gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter melanda Alakir-Sindirgi pada Ahad,” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, lebih 70 gempa susulan berukuran antara 3.5 hingga 4.6 pada skala Richter telah direkodkan, menurut pihak berkuasa tempatan.
Meskipun Balikesir terletak kira-kira 349 kilometer dari Istanbul, gegaran turut dirasai di beberapa bandar utama termasuk Istanbul, Bursa dan Izmir.
Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia di Turkiye agar sentiasa berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan serta mendapatkan maklumat melalui saluran rasmi.
“Mereka yang belum mendaftar dengan Perwakilan Diplomatik Malaysia digalakkan berbuat demikian bagi memudahkan pemberian bantuan sekiranya diperlukan,” menurut kenyataan itu.
Bagi mendapatkan bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Ankara di talian +90 312 446 3547 / +90 312 446 3548 atau telefon bimbit +90 507 812 8406, e-mel mwankara@kln.gov.my, atau Konsulat Jeneral di Istanbul di talian +90 212 989 1001, e-mel mwistanbul@kln.gov.my.
Perkembangan terkini mengesahkan gempa bumi itu mengorbankan sekurang-kurangnya satu nyawa dan menyebabkan lebih sedozen bangunan runtuh.
Menteri Dalam Negeri Ali Yerlikaya berkata seorang wanita berusia 81 tahun meninggal dunia selepas diselamatkan dari runtuhan di bandar Sindirgi, lapor media antarabangsa.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.