RAMANAN SERAH ELAUN, GAJI KEPADA RUMAH IBADAT SEKITAR SG BULOH
Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Koperasi dan Usahawan Datuk R Ramanan mengotakan janji pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan menyerahkan gaji dan elaun kedua-dua jawatan itu untuk rumah ibadat sekitar parlimen diwakilnya, hari ini.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R. Ramanan menyampaikan cek kepada Pengerusi Surau Al-Hidayah Saujana Utama, Rosli Mohd Hussein sempena sesi penyerahan elaun dan gaji kepada rumah-rumah ibadah sekitar Parlimen Sungai Buloh hari ini. — fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Koperasi dan Usahawan Datuk R Ramanan mengotakan janji pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan menyerahkan gaji dan elaun kedua-dua jawatan itu untuk rumah ibadat sekitar parlimen diwakilnya, hari ini.
Beliau berkata sepanjang 2023 hingga bulan ini, RM452,000 elaun dan gajinya telah disumbangkan kepada rumah-rumah ibadat termasuk surau, masjid, kuil Hindu dan Buddha, tokong, gereja selain persatuan dan organisasi keagamaan.
Sejumlah RM332,000 diserahkan kepada 72 rumah ibadat pada 2023 manakala RM120,000 lagi kepada kira-kira 100 rumah ibadat dalam tempoh Januari hingga Julai tahun ini.
“Selain mengotakan janji, pemberian kesemua gaji dan elaun ini juga merupakan penghargaan saya kepada pengundi berbilang bangsa di Parlimen ini yang telah menyokong saya selama ini. Jadi pengurusan rumah ibadat boleh gunakan duit ini bantu golongan B40 yang memerlukan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas menyerahkan sumbangan kepada wakil lapan rumah ibadat di beberapa lokasi sekitar Sungai Buloh hari ini.
Ramanan berkata beliau berikrar mahu memastikan setiap rumah ibadat di kawasannya mendapat sumbangan berkenaan, dengan amaun yang disalurkan bergantung kepada jumlah penganut dan keperluan rumah ibadat berkenaan.
“Setiap dua bulan sekali gaji dan elaun saya bahagikan kepada semua rumah ibadat di sekitar Sungai Buloh, ini merupakan tambahan daripada peruntukan selain daripada yang diberikan melalui Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sungai Buloh,” katanya.
Sementara itu Pengerusi Surah Al-Hidayah Saujana Utama Mohd Rosli Hussien berterima kasih kepada Ramanan kerana memilih surau tersebut untuk menerima sumbangan dan ia amat bermanfaat bagi membantu golongan B40 serta anak yatim piatu sekitar kawasan itu.
“Ini kali kedua Yang Berhormat (Ramanan) berikan sumbangan pada surau kita, tahun lepas bagi RM2,500, kali ini RM3,000 ada penambahan.. syukur, kesemuanya digunakan untuk kebajikan kariah masjid selain daripada pembangunan surau,” katanya.
Ahli Jawatankuasa Gereja Asaripu Kudaram Anglican, Steven John Perumal pula berkata selain untuk kebajikan kanak-kanak, sumbangan itu juga digunakan bagi membantu golongan kurang berkemampuan seperti ibu tunggal, keluarga miskin mendapatkan barangan keperluan asas.
Beliau berkata penerima bantuan sangat menghargai usaha Ahli Parlimen itu yang memberikan bantuan tanpa mengira warna kulit, agama, mahu pun bangsa.
Bagi Pengurus Tokong Wee Leng Keng Kampung Matang Pagar, Thee Seng Kok, 67, pemberian sumbangan itu merupakan bukti Ramanan mengotakan janjinya, dan beliau meminta wakil rakyat lain agar mencontohi sifat terpuji itu. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked